Mudah Sahaja Untuk Memohon PR1MA. Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diikuti. | HARTABUMI
Hasil carian anda

Mudah Sahaja Untuk Memohon PR1MA. Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diikuti.

Template Featured Image 24 01

Dipos oleh Nasruddin pada November 13, 2019
| 0

Siapa boleh abaikan tawaran PR1MA untuk menyediakan kediaman yang hebat kepada rakyat Malaysia?

Hal ini demikian kerana kualiti yang ditawarkan menepati citarasa terkini tetapi pada kadar harga yang lebih berpatutan.

Tawaran kualiti dan harga kediaman ini amat bertepatan dengan penubuhannya di bawah Akta PR1MA 2012 iaitu untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Terdapat beberapa kriteria untuk layak memohon skim rumah ini tetapi paling asas adalah mempunyai purata pendapatan isi rumah bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000. Harga rumah yang ditawarkan pula antara RM100,000 hingga RM400,000.

Lokasi Strategik

Dalam hal ini, anda tidak perlu bimbang kerana lokasi PR1MA yang ditawarkan berada pada lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kalau nama pun strategik, mestilah destinasi penting seperti sekolah, tempat kerja dan akses pengangkutan awam diberikan keutamaan.

Mudah sahaja memohon PR1MA

Selepas meneliti maklumat diri dan yakin anda layak untuk memohon PR1MA, maka jangan buang masa dan segera memohon di https://www.pr1ma.my/

Anda akan diminta untuk mengisi maklumat diri seperti Nama, No Kad Pengenalan, Tarikh Lahir, Warganegara dan Emel. Jika anda sudah berkahwin, daftar sekali maklumat pasangan tersebut. Pendaftaran selesai jika anda mendapat emel pengesahan daripada pihak PR1MA.

PERINGATAN: Pastikan emel ini disimpan dengan baik kerana segala urusan mengenai PR1MA selepas ini akan berpandukan kepada Nombor Rujukan PR1MA.

Proses

Pilih Lokasi dan Spesifikasi Kediaman

Pertama, anda perlu menyatakan bilangan anggota keluarga yang bakal mendiami rumah PR1MA nanti.

Kedua, anda diberikan senarai lima pilihan lokasi di seluruh Malaysia. Pastikan anda membuat pilihan yang tepat supaya nanti tidak menyesal. Mungkin perkara yang perlu diberikan perhatian adalah jarak kediaman dengan tempat kerja, akses pengangkutan awam yang mudah dan sebagainya.

Ketiga, apakah spesifikasi kediaman PR1MA yang anda inginkan? Terdapat pelbagai pilihan dari rumah teres 1 tingkat, teres 2 tingkat dan juga apartmen.

Maka tidak ada sebab untuk menolak tawaran kediaman yang disediakan PR1MA.

Antara projek yang terdapat:

1.Residensi Lubok Jong

Hartabumi Lubokjong 2

2. Residensi Fair Park

Residensi Fair Park 01

3. Residensi Alam Damai

Alam Damai 1

4. Residensi Melaka Tengah 2

Residensi Melaka Tengah 2 900x450 03

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah