Panduan Cara-Cara Nak Beli Rumah Yang Paling Mudah Nak Faham. | HARTABUMIHARTABUMI
Hasil carian anda

Panduan Cara-Cara Nak Beli Rumah Yang Paling Mudah Nak Faham.

Featured Image 2020 (11) 01

Dipos oleh Hi HOME pada April 13, 2020
| 0

Cara nak beli rumah mungkin kedengaran macam susah. Jadi kami di Hi HOME akan cuba mudahkan. Dalam artikel ini, kami akan senaraikan langkah-langkah cara nak beli rumah ikut urutan supaya anda mudah faham.

1. Tengok bajet dulu

Sebelum anda target rumah, anda kena tahu dulu bajet banyak mana yang realistik dengan pendapatan isi rumah bulanan* anda.

(*Pendapatan isi rumah bulanan bermaksud semua nilai gaji, upah, bonus bulanan yang diperolehi secara berulang dan tetap sama ada dalam bentuk tunai, dividen dan sebagainya yang diterima oleh seisi rumah)

Secara kasarnya, bagi setiap RM100,000 harga rumah di pasaran, anda perlu bayar RM500 sebulan untuk pinjaman perumahan selama 35 tahun. Bayaran bulanan itu pula tak boleh lebih 30% pendapatan isu rumah anda. Kalau lebih 30%, bank akan reject permohonan pinjaman perumahan anda.

Bermakna kalau gaji anda campur suami isteri adalah RM5,000, anda kena cari rumah yang bayaran bulanannya tak lebih RM1,500 iaitu rumah yang berharga RM300,000 ke bawah.

Itu kalau nak ukur bajet secara kasarlah. Kalau nak ukur bajet dengan lebih tepat, anda kena pakai Kalkulator DSR. Cara inilah yang dipakai oleh bank untuk tentukan pinjaman perumahan anda lulus atau tak.

Kalau anda nak tahu lebih tepat lagi rumah mana yang anda layak beli berdasarkan gaji anda, SILA KLIK pautan Kalkulator DSR kami di bawah:

Kalkulator DSR Hi HOME

2. Periksa credit score

Selain Kalkulator DSR, bank juga akan check credit score anda di CTOS dan CCRIS untuk tentukan kelulusan permohonan pinjaman rumah anda.

Untuk dapatkan laporan CCRIS, anda kena pergi Bank Negara Malaysia atau mana-mana cawangannya atau isi borang permohonan CCRIS. Bila dah isi borang dengan lengkap, hantar melalui pos, faks atau emel dengan dokumen sokongan ke:

BNM TELELINK,
Jabatan LINK dan Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur

Fax No: +603 2174 1515
Email: [email protected]

Untuk laporan CTOS pula, anda boleh dapatkan laporannya atas talian dengan sedikit bayaran di MyCTOS Score Report.

3. Peka dengan kos-kos pembelian rumah

Bila nak beli rumah, anda kena sediakan duit dalam 20% harga rumah untuk bayar kos berikut:

  • Down payment (10% daripada harga rumah)
  • Yuran tempahan
  • Yuran SPA
  • Duti setem
  • Yuran guaman

Ini bermakna kalau anda target rumah RM300,000, anda kena buat simpanan sebanyak RM60,000.

Benda ini ramai pembeli rumah terlepas pandang. Mereka hanya kumpul duit down payment 10% dan yuran tempahan. Bila kena bayar yuran SPA, duti setem dan yuran guaman, mereka dah short ribuan ringgit.

4. Peka dengan insentif dan bantuan

Satu benda yang bagus dalam pasaran hartanah sekarang, dah banyak dah pemaju yang bagi diskaun, rebat, tanggungan yuran guaman serta duti setem kepada pembeli rumah.

Insentif ini biasanya diberikan kepada pembeli rumah baru. Jadi kalau anda plan nak beli rumah baru, pastikan anda tanya pemaju – mereka bagi tak insentif sebegini kepada anda?

Selain itu kerajaan juga ada tawarkan bantuan kepada pembeli rumah pertama dari segi pengecualian duti setem, yuran SPA dan down payment 10% melalui program-program berikut:

  • Skim Perumahan Belia BSN MyHome;
  • Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit);
  • Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia; dan
  • Skim Rumah Pertamaku.

Jadi jika anda merupakan pembeli rumah pertama, pastikan anda peka dengan bantuan-bantuan dari kerajaan kerana ia boleh mempercepatkan proses anda membeli rumah dan menjimatkan ribuan ringgit!

5. Mula cari rumah idaman

Sekarang anda dah tahu bajet rumah yang sesuai dengan gaji anda berdasarkan Kalkulator DSR Hi HOME. Laporan CTOS dan CCRIS anda pun dah cantik. Duit downpayment dan kos-kos sampingan lain pun dah ada. Sekarang masa untuk cari rumah idaman anda.

Untuk cari rumah idaman anda, ini tips yang akan jimatkan masa anda: gunakan kemudahan yang tersedia ada di Hi HOME.

Di Hi HOME, anda boleh filter carian rumah idaman anda ikut kriteria berikut:

  • Kategori: apartmen, banglo, kondominium, semi-D, serviced residence, teres atau villa?
  • Harga
  • Keluasan
  • Jumlah bilik tidur
  • Jumlah bilik air
  • Jumlah rebat/diskaun yang ditawarkan oleh pemaju

6. Berbincang dengan ejen hartanah

Antara keputusan yang anda kena tentukan dalam proses awal pembelian rumah adalah menentukan: nak pakai ejen hartanah atau tak.

Memandangkan anda sedang baca artikel ini, kami assume anda perlukan bantuan ejen hartanah. Jangan risau, ia bukannya benda buruk. Malah digalakkan lagi. Sebab ejen hartanah boleh memudahkan kerja anda dalam langkah-langkah selepas ini.

Ejen hartanah boleh membantu anda memahami pasaran yang anda nak beli, reputasi pemaju serta menjawab apa-apa soalan anda ketika menandatangani dokumen-dokumen penting selepas ini.

7. Tempah rumah idaman

Bila anda dah jumpa rumah idaman yang kena dengan bajet, langkah seterusnya adalah buat tempahan.

Ketika inilah anda kena bayar yuran tempahan. Kemudian, anda perlu menandatangani dokumen booking OTP rumah yang nak dibeli.

8. Mohon pinjaman bank

Bila dan tempah rumah idaman, langkah seterusnya adalah memohon pinjaman rumah di bank.

Proses ini penting kerana ia akan memberi impak kepada kewangan anda pada jangka masa yang lama. Jadi pastikan anda pilih dengan bijak berdasarkan tiga kriteria berikut:

  • Jenis pinjaman: Islamik atau konvensional?
  • Kadar faedah: tetap atau terapung?
  • Tempoh pinjaman

Pastikan juga anda mohon pinjaman perumahan dari dua bank yang berbeza. Sebab anda akan terpaksa menunggu sekurang-kurangnya tiga bulan jika bank yang anda mohon itu tak meluluskan permohonan anda.

9. Tandatangan perjanjian pinjaman perumahan

Bila permohonan pinjaman perumahan anda dah lulus, anda dikehendaki untuk menandatangani LO (offer letter). Selepas itu tibalah masa untuk anda turunkan tandatangan bagi perjanjian pinjaman perumahan dengan pihak bank.

10. Tandatangan SPA

Lepas selesai urusan dengan bank, anda kena tandatangan pula surat perjanjian SPA, bayar yuran SPA dan duit down payment 10% kepada pihak pemaju hartanah tersebut.

Masa ini jugalah anda kena keluarkan duit yuran guaman untuk dapatkan peguam yang mewakili anda. Kadang-kadang ada juga pemaju yang sediakan peguam siap-siap untuk anda.

SPA adalah dokumen perundangan yang menyenaraikan terma dan syarat penuh pembelian rumah anda. Sebab itulah kalau anda ada apa-apa soalan, jangan segan tanya peguam yang uruskan segala perjanjian dan dokumentasi pembelian hartanah anda.

Bila dah tandatangan SPA, anda kena bayar duti setem pula. Inilah langkah terakhir sebelum anda dapat kunci rumah baru anda**.

(**Pastikan anda follow up peguam selepas menandatangani surait perjanjian SPA. Jangan buat senyap sahaja. Ini supaya tak berlaku sebarang kesulitan yang menyebabkan anda lambat dapat kunci rumah baru anda)

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah