Hasil carian anda

Panduan Lengkap Jual Rumah Di Malaysia

Selaku portal carian hartanah yang khusus untuk bumiputera, Hartabumi selalu keluarkan artikel mengenai panduan beli rumah supaya lebih ramai bumiputera yang celik mengenai proses-proses yang rumit untuk membeli rumah.

Untuk artikel kali ini, jom kita fahami cara untuk jual rumah pula di Malaysia. Yelah tujuan beli rumah berbeza-beza mengikut keperluan individu, ada yang beli rumah untuk tinggal sendiri, ada yang beli rumah untuk pelaburan masa depan dan sebagainya. Sekiranya sudah cukup tempoh untuk dilaburkan, bagaimana caranya untuk jual rumah?

Adakah dengan cara mengiklankannya di mana-mana portal, buat banting tulis ‘rumah untuk dijual, harga boleh dirunding’ atau upah ejen untuk bantu anda?  

Cara bagaimana yang mudah dan berkesan? Jom Hartabumi kupaskan.

Panduan Jual Rumah

1.Lantik peguam dan ejen hartanah untuk kendalikan semua urusan.

Panduan Lengkap Jual Rumah Di Malaysia 1

Kredit: Ariff Husain

Untuk memudahkan kerja anda yang sememangnya sibuk dengan pelbagai urusan lain, Hartabumi nasihatkan anda upah ejen hartanah untuk memudahkan urusan jual rumah. Ini adalah kerana tanggunjawab ejen hartanah ialah untuk menguruskan proses jual, beli, sewaan mahupun pajakan berkaitan dengan hartanah.

Namun anda tidak wajib untuk anda mengupah ejen hartanah, sekiranya mampu silalah. Upah ejen hartanah tidak wajib namun upah peguam wajib ye.

Peguam diperlukan untuk menjual hartanah kerana  Urusan jual beli hartanah ini bukan setakat surat menyurat semata-mata. Ia melibatkan undang-undang kontrak dan undang-undang tanah. Siapa yang lebih arif mengenai perkara ini kalau bukan peguam. Jadi anda WAJIB upah peguam untuk memudahkan proses jual rumah.

2. Serahkan Dokumen kepada Ejen Hartanah

Panduan Lengkap Jual Rumah Di Malaysia 2

Kredit: medlockestates

Anda perlu sediakan beberapa dokumen penting seperti,

  • Salinan geran
  • Salinan SPA (Sale and Purchase Agreement)
  • Sijil CF
  • Resit pembayaran cukai tanah & taksiran terkini
  • Salinan kad pengenalan

Hartabumi nasihatkan anda menyerah semua dokumen ini seawal mungkin kepada ejen hartanah supaya mereka boleh memeriksa dan sahkan status hartanah tersebut.

3. Bayaran Booking Fee oleh pembeli

Panduan Lengkap Jual Rumah Di Malaysia 3

Kredit: Tips Hartanah

Setelah mengiklankan hartanah anda, ejen pasti akan mendapat beberapa pembeli yang berminat. Pembeli ini kemudiannya perlu membayar booking fee (3%). Booking fee ini perlu dibayar kepada siapa? Pada penjual iaitu anda atau kepada ejen hartanah?

Booking fee perlu dibayar kepada ejen hartanah kerana mereka yang menguruskan hartanah ini namun wang tersebut tidak akan menjadi milik mereka. Amat penting untuk anda memilih ejen hartanah yang berdaftar agar wang tidak hilang.

Dalam borang booking yang disediakan oleh ejen hartanah telah dinyatakan bahawa sekiranya pembiayaan rumah anda tidak lepas maka, booking fee akan dikembalikan.

4. Tandatangan S&P

Man Signing Contract

Kredit: Istock

Seterusnya pembeli perlu membayar baki 7% dari harga jualan sebagai bayaran deposit rumah dan tandangan S&P. Penjual akan membayar komisen pada ejen hartanah dan tugasnya selesai disini.

5. Tempoh diberikan kepada pembeli untuk selesaikan bayaran.

Pembeli diberikan tempoh 3 bulan untuk menjelaskan baki pinjaman bank pihak penjual (seandainya hartanah penjual masih mempunyai baki hutang dengan pihak bank).

6.Urusan tukar nama geran

Selepas bank menerima bayaran, maka bermulalah proses tukar nama geran kepada pemilik baru. Proses ini diuruskan oleh peguam. Selesai pemindahan nama geran, pembeli perlu menjelaskan baki bayaran hartanah tersebut kepada penjual.

7. Serah Kunci

Panduan Lengkap Jual Rumah Di Malaysia 6

Kredit: iluminasi

Ini menunjukkan anda telah selesai proses jual rumah. Tahniah. Apabila pembeli menerima kunci rumah maka sempurnalah proses jual rumah anda.

Untuk pengetahuan semua, proses di atas boleh memakan masa lebih kurang 6 bulan lamanya. Jadi sebab itu amat penting untuk anda faham mengenai proses-proses ini supaya tidak akan berlaku sebarang perkara yang melambatkan urusan anda.

Sumber: Gila Hartanah

Banner 01 (1)  Dapatkan Serenia Adiva sekarang!

Bandingkan Hartanah