Hasil carian anda

Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang Memacu Pembangunan Pulau Pinang

Dipos oleh Aezhad pada November 22, 2018
| 0

Kesesakan jalan raya dengan Pulau Pinang memang tidak dapat dipisahkan. Sesiapa sahaja yang ke Pulau Pinang pasti akan tertekan dengan kesesakan di sana. Bahkan ada yang mengatakan ianya lebih teruk lagi berbanding Kuala Lumpur.

Melihat kepada masalah ini kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang akan merubah lanskap pengangkutan di sana.

Kredit: Penang Kini
 

Dijangkakan dengan pelan ini ianya bakal mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan kos perjalanan, membuka peluang pekerjaan dan menambah baik kualiti hidup penduduk Pulau Pinang. Kerajaan menganggarkan kos pembinaannya bakal menelan belanja sebanyak RM27 bilion.

Walau bagaimana pun, projek ini mendapat tentangan daripada beberapa pihak. Menurut mereka projek ini telah menyebabkan bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh. Lebih mengeruhkan keadaan apabila 9 pekerja mati Oktober lalu dan 11 pekerja tahun lepas.

Namun menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, perkara ini hanyalah “temporary setback”, pihaknya akan memastikan aspek keselamatan dipertingkatkan dalam melaksanakan projek ini.

Kredit: Malay Mail
 

9 November lalu, Ahli Majlis Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata bahawa fasa 1 PTMP akan dimulakan selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan.

Jadi apa yang anda perlu tahu tentang projek fasa 1 ini?

Fasa 1 ini melibatkan pembinaan beberapa jaringan pengangkutan awam dan lebuhraya.

Kredit: PTMP 1
 

Berikut adalah laluan-laluan pengangkutan awam yang bakal dibina:

  • 2 Laluan LRT

Laluan Bayan Lepas dan laluan Georgetown-Butterworth

  • 3 Laluan Monorail

Laluan Ayer Hitam, Laluan Tanjung Tokong & Laluan Raja Uda Bukit Mertajam

  • 1 Laluan BRT

Laluan Permatang Tinggi-Batu Kawan

Kredit: Penang Property Talk
 

Berikut adalah lebuhraya baru yang bakal dibina:

  • Pan Island Link 1 & Pan Island Link 2 & 2A
  • North Coast Pair Road
  • Butterworth–Kulim Expressway Interchange (BKE IC) & Juru Interchange (JURU IC)
  • Terowong bawah laut melibatkan fasa 1a, 1b, 2 dan 3

Baca: Strategi Dividen Dengan Sedikit Twist (Bahagian 1)

Melalui dasar “Menggerakkan Orang dan bukan Kenderaan”, kerajaan negeri percaya dengan pelan ini kesesakan di Pulau Pinang dapat dikurangkan. Sebanyak 3 cadangan saluran diperkenalkan bagi menghubungkan pulau dan Seberang Perai.

Dua dari saluran tersebut akan dibina dalam fasa pertama iaitu LRT laluan Georgetown-Butterworth dan terowong bawah laut. Kereta kabel yang turut menghubungkan pulau dan darat akan dibina dalam fasa seterusnya.

Kredit: Videoblocks
 

Buat masa sekarang jika anda ingin ke pulau, anda mempunyai 3 pilihan, sama ada menggunakan Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang atau menaiki feri.

Kebanyakan mereka yang bekerja di pulau tidak menetap disitu kerana kos sara hidupnya yang tinggi.  Mereka lebih suka menetap di Seberang Perai kerana sewa di sana lebih murah walaupun terpaksa menghadap kesesakan lalu lintas setiap hari.

LRT laluan Georgetown-Butterworth dilihat bakal memberi manfaat yang besar kepada penduduk Pulau Pinang. Selepas ini mereka tidak perlu lagi stress dengan kesesakan di samping dapat menjimatkan kos dengan menaiki pengangkutan awam.

Baca: Asas Ekonomi: Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Tukaran Wang

Menurut kerajaan negeri, dengan PTMP dijangkakan 40% daripada jenis pengangkutan di sana adalah pengakutan awam. Walaupun 40% itu kecil, namun ianya memadai buat masa ini melihat kepada jumlah  kenderaan di Pulau Pinang yang telah meningkat sebanyak 52% daripada 1.8 juta (2007) kepada 2.7 juta (2017).

Sejajar dengan kepesatan ekonomi di Pulau Pinang, PTMP hadir tepat pada masanya. Dengan jaringan pengangkutan awam yang lebih sistematik ianya mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik lebih banyak pelaburan.

Selain itu, PTMP juga mampu meningkatkan industri pelancongan di Pulau Pinang yang kaya dengan sejarah, artworks dan tidak lupa variasi makanan di sana. Selepas ini lebih mudah bagi pelancong untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat berbanding menghabiskan masa di atas jalan raya sahaja.

Kredit: Travel Weekly Asia
 

Jalan raya yang sesak  dan ketidakselesaan akibat bunyi bising ekoran pembinaan PTMP adalah pengorbanan yang perlu dilakukan penduduk Pulau Pinang demi masa depan yang lebih baik.

“Jika kita mahu menangani masalah kesesakan lalulintas dan mencapai matlamat menjadikan Pulau Pinang lebih lestari, kita perlu mengenepikan mentaliti ‘not in my backyard’ dan sebaliknya meletakkan keperluan negeri dan generasi masa depan kita sebagai fokus”

– Zairil Khir Johari, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah