5 Sebab Pembeli Rumah Yakin Dengan Hartanah Tempatan | HARTABUMIHARTABUMI
Hasil carian anda
5 Sebab Pembeli Rumah Yakin Dengan Hartanah Tempatan 00

Dipos oleh myhartabumi pada Februari 13, 2018
| 0

Atmosfera sektor hartanah tempatan dilihat kembali pulih pada tahun ini berbanding tahun 2016 gara-gara kurangnya pembeli rumah pada tahun tersebut sungguhpun penawaran hartanah dari pemaju yang agresif. 

Kini, pembeli rumah yakin dengan hartanah tempatan kerana beberapa faktor makro yang dilihat menyumbang kepada dapatan kepercayaan pembeli dengan sektor hartanah tempatan. 

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh PropertyGuru, peningkatan permintaan hartanah akan berterusan sepanjang 2018 sekaligus meningkatkan pemilikan hartanah di kalangan rakyat Malaysia.

5 Sebab Pembeli Rumah Yakin Dengan Hartanah Tempatan

1. Kewujudan Hartanah Berlebihan Dalam Pasaran.

Pembeli Rumah Hartanah Tempatan Hartabumi 2018 01Berdasarkan hasil dapatan kajian yang dikeluarkan oleh PropertyGuru, dapatlah kita simpulkan bahawasanya terdapat kewujudan hartanah berlebih dalam pasaran di Malaysia. 

3/4 rakyat Malaysia percaya bahawasanya wujud bekalan hartanah berlebihan dalam pasaran  secara mendadak berbanding 6 bulan terdahulu. 

Pembeli pula telah mula menongkah arus dengan memfokuskan pasaran hartanah primer dan sekunder selari dengan keinginan untuk membeli hartanah dalam tempoh 6 bulan akan datang yang meningkat 5%.

Kalau anda sudah faham bahawa banyak rumah yang ‘tidak terjual’ kerana lebihan penawaran, dengan sedikit research dan ilmu, anda mampu dapatkan rumah pertama atau untuk pelaburan. 

2. Penawaran Hartanah Yang Menepati Kewangan Pembeli.

Pembeli Rumah Hartanah Tempatan Hartabumi 2018 02

Tahukah anda, hampir sebahagian besar responden berminat untuk menjadi ‘pembeli rumah’ dalam masa 6 bulan lagi. 

Mengapa ini berlaku?

Kerana penawaran hartanah oleh pemaju hartanah kini telah hampir menepati bajet kewangan pembeli. Selain itu, faktor lambakan program rumah subsidi oleh kerajaan meningkatkan keinginan pembeli untuk menjadi pembeli rumah. 

Faktor kedua pula ialah kerana harga rumah telah menurun sehingga 10% bagi menepati permintaan dan penawaran masyarakat. Selain itu, para pemaju hartanah semakin bijak dengan memperkenalkan konsep yang memudahkan urusan pembeli rumah seperti:-

  • Rebat
  • Booking Fee Only
  • Cashback

“Tahun 2015 rumah teres dua tingkat di Cheras boleh cecah RM560,000. Tapi sekarang rumah PR1MA di Alam Damai cuma RM250,000. Baik aku beli rumah sekarang!”

3. Kesedaran Memiliki Hartanah Sebelum Terlambat.

Pembeli Rumah Hartanah Tempatan Hartabumi 2018 03

2/3 responden mengaku mempunyai bajet kewangan sebanyak RM500,000 untuk melabur hartanah. Berdasarkan infografik di atas anda akan dapati terdapat lima jenis bajet oleh rakyat Malaysia.

Hampir 36% rakyat Malaysia mempunyai modal kewangan untuk hartanah pada nilai RM300,001 hingga RM500,000.

Hal ini menunjukkan telah wujud kesedaran untuk memiliki hartanah oleh rakyat Malaysia sebelum terlambat yakni sebelum harga rumah melambung hingga harganya menjadi tidak masuk akal.

 

4. Elakkan Kerugian Masa Hadapan.

Pembeli Rumah Hartanah Tempatan Hartabumi 2018 05

40% daripada responden percaya bahawa harga rumah akan menjadi lebih mahal dan melonjak naik tanpa kompromi sehingga 10% dalam masa 5 tahun akan datang. 

Untuk mengelakkan kerugian tersebut, 44% daripada responden dikatakan mempunyai niat untuk membeli rumah dan ingin menjadi pembeli rumah dalam masa terdekat. 

5. Ekonomi 2018 Yang Semakin Pulih. 

Pembeli Rumah Hartanah Tempatan Hartabumi 2018 04

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Astro Awani, ekonomi Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 5.7%  bagi 6 bulan pertama. 

Selain itu, pertumbuhan suku kedua ekonomi juga telah meningkat kepada 7.1%

Akhir sekali, pertumbuhan ekonomi daripada sektor pembinaan adalah yang tertinggi pada suku kedua 2017 dengan purata 8.3%.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah