Pemilikan Master VS Strata: Perkara Wajib Tahu Kalau Nak Beli ‘High Rise’HARTABUMI
Hasil carian anda

Pemilikan Master VS Strata: Perkara Wajib Tahu Kalau Nak Beli ‘High Rise’

Strata 01

Dipos oleh Aezhad pada Ogos 2, 2018
| 0

Walaupun tidak ramai, namun sebilangan dari kita mempunyai impian untuk memiliki rumah jenis kondominium, apartment dan seumpama dengannya. Itu pilihan masing-masing namun buat mereka yang memasang impian untuk memiliki rumah jenis high rise ini,  tahukah anda tentang pemilikan Master vs Strata?

Amat penting untuk anda tahu pemilikan rumah anda kerana silap hari bulan, walaupun anda yang berhempas pulas membayarnya setiap bulan namun sebenarnya rumah tersebut milik pemaju. Ha… kan sadis? Jadi jom fahami betul-betul mengenai pemilikan ini.

Master Vs  strata Perkara Wajib Tahu Kalau Nak Beli High Rise Hartabumi 02

Kredit: Gila Hartanah

Apa itu Master Title atau hak milik induk?

Master Title bermaksud pemilik keseluruhan apartment atau kondo tersebut. Biasanya Master Title ialah milik pemaju.

Apa itu Strata Title atau hak milik strata?

Strata title bermaksud geran yang berdaftar atas nama pemilik setiap unit apartment atau kondo tersebut.

Ia merujuk kepada hak milik untuk setiap unit atau tingkat. Majlis Pengurusan Bersama juga diwujudkan di setiap apartment atau kondo bagi menguruskan urusan setiap pemilik. Pihak pengurusan diberi kuasa untuk mengutip yuran penyelenggaraan, dan sebagainya.

Anda sudah membeli apartment atau kondo namun tidak mengetahui status hak milik? Bagaimana nak semak?

Anda perlu semak S&P anda atau geran.

Master Vs  strata Perkara Wajib Tahu Kalau Nak Beli High Rise Hartabumi 01

Kredit: Sime Darby

Mengapa anda perlu tahu status hak milik ini; samaada Master title atau Strata title?

Sekiranya anda memegang strata title, anda mempunyai hak ke atas kemudahan bersama seperti kolam renang, taman permainan, sekuriti dan lain-lain kelebihan yang tertakluk dalam Akta Hakmilik Strata 1985. Anda hanya akan mendapat hak milik strata setelah bangunan siap.

Selain itu adalah penting untuk anda tahu status hakmilik hartanah anda supaya ia akan memudahkan urusan jual beli, pinjaman bank, pembahagian pusaka dan sewaktu dengannya.

Apakah kelebihan kekurangan kedua-dua jenis hakmilik ini?

Master Title

  • Bank liat nak bagi loan kalau master title rumah tersebut telah lebih dari 10 tahun.
  • Sekiranya anda mendapat loan sekalipun, proses jual beli akan menjadi lambat disebabkan proses penukaran hak milik master ke strata.
  • Anda juga perlu keluarkan kos tambahan untuk proses tukar hak milik.
  • Anda tidak dibenarkan untuk membayar deposit rumah mengunakan duit EPF.
Master Vs  strata Perkara Wajib Tahu Kalau Nak Beli High Rise Hartabumi 03

Kredit: Wiki

Strata Title

  • Buat yang membeli hartanah jenis kondo atau apartment, Hartabumi nasihatkan ada untuk mendapatkan hak milik jenis Strata  kerana anda tidak perlu berdepan dengan perkara-perkara yang kami nyatakan di atas.
  • Hakmilik strata juga bermaksud anda mempunyai hak sepenuhnya keatas hartanah tersebut.

Sekarang sudah jelas mengenai perbezaan dua jenis pemilikan ini, pastikan anda semak dahulu sebelum membeli atau sekiranya sudah, semak statusnya sekarang dan buat perubahan sebelum terlambat. Jangan main beli sahaja tanpa tahu apa-apa. Jadilah pembeli bijak!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah