Pesanan Untuk Anak Muda Yang Ingin Beli Rumah Pertama | HARTABUMI
Hasil carian anda

Pesanan Untuk Anak Muda Yang Ingin Beli Rumah Pertama

Anak Muda Beli Rumah Pertama Hartabumi 00

Dipos oleh Aezhad pada November 12, 2018
| 0

Ahyat Ishak merupakan penulis buku bestseller “The Strategic Property Investor” dan merupakan pengasas program Strategic Property Investor, yang telah banyak membantu rakyat Malaysia menjana kekayaan menerusi pelaburan hartanah.

Ahyat Ishak memulakan pelaburan hartanah lebih daripada 10 tahun dahulu dan menjadi seorang jutawan hartanah sebelum umur 30 tahun.

Ikuti nasihat beliau buat semua anak muda di luar sana yang bakal membuat pembelian rumah pertama agar tidak melakukan lima (5) kesilapan kelak.

1. ILMU HARI INI AKAN MENENTUKAN HIDUP ANDA ESOK

Jangan lokek melabur pada diri sendiri. Anda perlu banyak melabur pada ilmu semasa muda. Jangan habiskan wang pada barang untuk tampak lebih bergaya tapi tak kaya. Melabur pada ilmu yang akan buat anda kaya raya suatu hari nanti.

Kredit: Focus Malaysia

Ketahuilah, hanya menerusi ilmu sahaja yang boleh buat anda elak bahaya dan benar – benar kaya suatu hari nanti!

2. SAHABAT HARI INI AKAN MENENTUKAN HIDUP ANDA ESOK

Ahyat mohon pada semua anak anak muda di luar sana supaya melakukan audit terhadap kawan kawan di sekeliling anda.  Bukanlah kerana kita memilih bulu tetapi kerana kawan – kawan akan menentukan masa depan kita suatu hari nanti. 

Kredit: MaGIC

Oleh yang demikian, amatlah penting untuk kita mencari kawan baru apabila kita ingin mencapai tahap baru yang kita belum pernah capai dan kawan – kawan kita turut belum pernah capai.

Paling baik adalah dengan mencari mentor yang mampu membawa anda ke satu tahap baru dalam kehidupan mahupun dalam peningkatan taraf pengetahuan dan hidup.

3. TINDAKAN HARI INI AKAN MENENTUKAN HIDUP ANDA ESOK

Hasil kita hari ini adalah kerana tindakan – tindakan kita semalam. Audit semula apa yang telah kita buat seharian. Adakah itu perkara-perkara luar biasa, biasa atau sia – sia?

Kredit: Majalah Labur

Seandainya kita buat tindakan yang luar biasa semalam, barulah hasilnya boleh mendatangkan hasil yang luar biasa hari ini.

4. TINDAKAN TIDAK SENTIASA HASILKAN KEJAYAAN

Orang – orang yang berjaya adalah orang – orang yang bertindak. Bukan kerana bertindak itu hasilnya selalu berjaya. Ada kalanya  usaha tersebut tidak berjaya juga.

Kredit: Kapital

Tapi bila kita tak berjaya itu lah kita belajar. Cumanya, dalam permainan hartanah ini bahaya nak cuba – cuba dan nak langgar – langgar dinding. Satu kerugian boleh jadi ratusan ribu ringgit dan akan musnahkan kewangan kita buat satu tempoh masa yang lama.

5. BERANI SAHAJA BAHAYA. ANDA MESTI BIJAK!

Berani adalah cuma salah satu elemen dalam menuju ke arah kejayaan. Elemen seterusnya ialah bijak dan anda perlu bijak dalam bertindak dengan berani. 

Kredit: Gila Hartanah

Sentiasa sahkan semua maklumat di lapangan dan bukan sekadar dengar – dengar orang bercakap dan berbual kosong sahaja. Anda harus bijak dengan menyemal segala nombor dan kira – kira bajet yang anda perlu keluarkan. 

Inilah tindakan anak muda yang gigih sebelum bertindak! Berani sahaja berbahaya dan anda perlu gandingkannya dengan kebijaksanaan untuk selamat bilamana membuat sebarang keputusan.  

Sumber Asal : Facebook Ahyat Ishak

Jom Survey Rumah Murah Di Hartabumi Sekarang!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah