PNB dan EPF Beli Projek Battersea UK? | HartabumiHARTABUMI
Hasil carian anda
Pnb Dan Epf Beli Battersea, Uk 0000

Dipos oleh myhartabumi pada Januari 23, 2018
| 0

Projek paling ikonik di kota London- Battersea Development, dimiliki dan dibangunkan oleh konsortium Malaysia- SP Setia, KWSP dan Sime Darby.

Tapak ini telah cuba dibangunkan beberapa kali sebelum ini tetapi tidak berjaya. Tersangkut di tengah jalan.

Pnb Dan Epf Beli Battersea, Uk 00001

Kemudian tapak ini dijual melalui tender. Ramai yang membida termasuklah pemilik kelab bola Chelsea, Roman Abramovich. Namun yang menang adalah konsortium Malaysia.

KWSP selaku antara pengurus dana terbesar di dunia menyediakan dana. SP Setia dan Sime Darby selaku pemaju terbesar di Malaysia dari segi jualan tahunan dan bank tanah menyumbang kepakaran.

Pnb Dan Epf Beli Battersea, Uk 04

Yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan ini adalah Tan Sri Liew Kee Sin– pemilik asal SP Setia yang kemudiannya menubuhkan Eco World selepas pergelutan korporat di antara beliau dengan PNB (pemilik saham terbesar SP Setia).

Pnb Dan Epf Beli Battersea, Uk 06

Menariknya (atau mungkin dengan sengaja), Eco World International (EWI) turut menjalankan projek hartanah, Embassy Garden yang hanya terletak 200 meter dari Battersea.

Tapi adalah tidak logik untuk mengatakan EWI sengaja majukan projek itu atas dasar sakit hati sebabnya 6% saham EWI dimiliki oleh PNB dan KWSP.

Apapun, di belakang tempat saya berdiri ini adalah tapak kepada 2 bangunan kediaman yang direka oleh 2 arkitek paling power di dunia iaitu Frank Gehry dan Norman Foster.

Pnb Dan Epf Beli Battersea, Uk 09 Frank Gehry

Selamba sahaja bangunan mereka diletakkan bersebelahan.

Tidak cukup dengan itu, ruang di antara Power Plant (yang ada serombong itu) dengan bangunan Foster dan Gehry akan dibina sebuah kawasan landskap dan santai yang dinamakan sebagai Malaysia Square.

Dan… arkiteknya pula adalah Bjarke Ingels Group (BIG)!

Bjarke Ingels- arkitek muds Denmark ini pada saya selepas  Frank Gehry tiada nanti, beliau lah yang akan jadi arkitek paling power di dunia.

Pnb Dan Epf Beli Battersea, Uk 07

Jadi bayangkan 3 arkitek ternama dunia disatukan dalam satu projek gergasi.

Menarik bukan?

Disebabkan skala projek ini begitu besar dan ikonik, London City Council akan membina sebuah ‘station tube’ baru untuk memudahkan orang ramai bergerak ke sana ke mari dari sini.

‘Water taxi’ juga akan menghubungkan Battersea terus ke London’s Eye, Tower Bridge dan Greenwich melalui Thames River. Memang sangat dahsyat akses pengangkutannya.

Pnb Dan Epf Beli Battersea, Uk 10

Tak hairanlah Apple bakal menjadikan bangunan serombong ini sebagai HQ Eropah mereka dan kedutaan Amerika dengan pekerja dan ahli keluarga seramai 1,400 orang bakal dibuka bersebelahan projek Battersea.

Tahun 2013 masa projek ini mula dilancarkan, harga unit studio paling murah adalah £360,000. Masa itu kadar tukaran wang adalah £1= RM4.50.

4 tahun kemudian, unit studio dengan saiz yang sama bagi fasa 3 adalah £690,000. Kira dengan kadar tukaran sekarang £1= RM5.50, berapa banyak keuntungan mereka yang beli fasa 1 dulu?

Fasa 1 dan fasa 2 pula hanya tinggal unit penthouse yang harganya bermula dari £9,800,000 sebuah. Kalau ada siapa berminat nak beli unit studio, kena deal direct dengan pembeli pertama.

Begitulah sedikit sebanyak info berkenaan Battersea yang saya ingin kongsikan.

Pnb Dan Epf Beli Battersea, Uk 03

Sebenarnya sepanjang trip ini, inilah antara perkara utama yang perlu saya lakukan kerana ada kenalan yang berminat betul nak membeli unit di sini.

(Asalnya saya sekedar eksaited cerita mengenai projek ini. Tak sangka beliau berminat.)

Makanya saya pun datang melawat, kaji kawasan sekeliling lihat booster hartanah projek ini dan menyemak projek sekitar supaya aku boleh lebih meyakinkan kenalan tersebut.

Akan tetapi, walaupun asalnya niat saya kerana komisen 2%, kini saya pulang ke Malaysia dengan berasa lebih bangga.

Pnb Dan Epf Beli Battersea, Uk 05

Bangga kerana ia projek gergasi di London oleh konsortium Malaysia dan lebih bangga kerana sebuah konsortium sebuah negara yang kecil boleh pula dapatkan tiga arkitek hebat di dunia bekerjasama dalam satu projek.

Saya tak rasa ianya kerana wang semata-mata. Anda fikir mereka tiada ego tersendiri?

Radzi Tajuddin
Percaya Pada Projek Ikonik

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah