Potensi Pembangunan Jalan Klang Lama Yang Kian Menyerlah | HARTABUMIHARTABUMI
Hasil carian anda

Potensi Pembangunan Jalan Klang Lama Yang Kian Menyerlah

Featured Image 2020 (1) 01

Dipos oleh Hi HOME pada Januari 13, 2020
| 0

Pada tahun 1905, semasa Malaya berada di bawah pentadbiran British, Jalan Klang Lama telah dibina sejauh 11.2 km dan merupakan jalan utama yang menghubungkan antara Kuala Lumpur dengan Pelabuhan Klang atau nama lamanya Pelabuhan Swettenham. Pembinaan ini turut menjadikannya jalan raya besar yang pertama dibina dalam negara.

Jika ditinjau sejarah Jalan Klang Lama, laluan ini merupakan rangkaian jalan raya yang tertua di Kuala Lumpur.

Selepas itu, di kiri dan kanan Jalan Klang Lama mula berkembang dengan kemunculan kilang-kilang, gudang dan ladang kelapa sawit.

Tetapi kini, identiti Jalan Klang Lama bukan lagi sekadar jalan raya yang menghubungkan antara Kuala Lumpur di sebelah timur dan Selangor di sebelah barat. Daripada sebuah jalan raya yang biasa telah dilebarkan untuk menampung kapasiti kenderaan yang semakin meningkat.

Image result for tria seputeh mrcb

Seiring dengan itu juga jalan penuh bersejarah itu kini lebih dikenali kerana ‘terkepung’ dengan kepesatan di sepanjang laluannya. Di timur, Mid Valley boleh dianggap mercu tanda manakala di barat pula adalah Bandar Sunway.

Di sebelah utara pula, Sungai Klang atau Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) menjadi sempadan manakala di sebelah selatan pula adalah Lebuhraya Kuala Lumpur-Shah Alam (KESAS).

Dihuni kira-kira 230,000 penduduk, Jalan Klang Lama mempunyai beberapa kawasan perumahan seperti Seputeh, Taman United, Taman Shanghai, Taman Lian Hoe, Kampung Pasir, Taman Continental, Taman Gembira, Taman Manja, Taman Desa Ria, Taman Overseas Union dan Taman Desa.

Kini, melalui Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), profil Jalan Klang Lama akan menjadi lebih menarik apabila syarikat pemaju hartanah ini telah membangunkan sebuah projek yang dikenali sebagai 9 Seputeh dengan gabungan antara pembangunan komersial dan kediaman.

9 Seputeh akan menjadi kawasan penting yang dikelilingi dengan segala kelebihan yang berada di Jalan Klang Lama bermula daripada jaringan jalan raya, lebuhraya, institusi pendidikan sehinggalah kepada membudayakan gaya hidup yang sihat.

Jaringan jalan raya dan lebuhraya

Bagi menunjukkan pembangunan yang mampan di Jalan Klang Lama, ianya telah tersedia  jaringan jalan raya yang baik bagi memudahkan penduduk tempatan untuk menuju ke destinasi masing-masing. Di Jalan Klang Lama, kesesakan jalan raya boleh dielakkan melalui pilihan laluan alternatif termasuk akses lebuh raya.

Jika diperhatikan, Jalan Klang Lama dihubungkan dengan jalan raya utama sekitar Lembah Klang seperti Jalan Syed Putra, Jalan Kuchai Lama dan Lebuhraya Persekutuan. Selain itu, akses lebuhraya yang boleh digunakan adalah Lebuhraya Salak, Lebuhraya Pantai Baharu (NPE).

Jaringan dengan pelbagai pilihan laluan ini memberikan kemudahan kepada penduduk untuk menuju ke bandar Kuala Lumpur dan destinasi lain di sekitar Lembah Klang dengan penjimatan jarak, tenaga dan masa.

Image result for npe

Kemudahan pengangkutan awam

Bayangkan sebuah kehidupan yang dikelilingi kemudahan pengangkutan awam, sudah tentu kelebihan ini akan menyenangkan urusan harian tanpa perlu memikirkan soal kesesakan di atas jalan, bersusah payah mencari (dan berebut) parkir sekaligus menjimatkan penggunaan petrol dan tol.

Di Jalan Klang Lama, rangkaian pengangkutan awam seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM) telah tersedia beberapa stesen seperti Seputeh, Mid Valley, Angkasapuri sehinggalah ke KL Sentral.

Image result for mid valley

Destinasi hujung minggu

Gaya hidup penduduk di Lembah Klang tidak bererti sekiranya aktiviti hujung minggu seperti window shopping tidak dijadikan sebagai salah satu hobi. Jalan Klang Lama mempunyai deretan kompleks membeli belah yang boleh dikunjungi.

Mid Valley Megamall yang terkenal sebagai salah sebuah kompleks membeli belah terbesar di Asia Tenggara merupakan destinasi yang wajib dikunjungi kerana menyediakan pelbagai keseronokan daripada panggung wayang, pilihan restoran terkenal dan sebagainya.

Jika mahu bergerak jauh sedikit, Bangsar South yang jaraknya kurang 3KM juga mampu memenuhi citarasa moden dan bergaya.

Kemudahan pengangkutan awam yang terdapat di situ adalah stesen LRT Universiti.

Image result for bangsar south lrt

Kemudahan Pendidikan dan Kesihatan

Oleh kerana Jalan Klang Lama dihuni oleh penduduk yang mempunyai latar belakang yang pelbagai dari segi pendapatan maka tidaklah terlalu sukar untuk mencari sekolah-sekolah kebangsaan peringkat rendah dan menengah.

Namun, jika mahukan pendidikan yang menawarkan sistem yang lebih ‘advance’, terdapat beberapa sekolah yang sesuai di sini yang melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan dan antarabangsa.

Untuk kemudahan persekolahan anak-anak penghuni di 9 Seputeh, terdapat sekolah berprestij iaitu Campus Rangers International School ditubuhkan dalam kawasan tersebut. Sudah pasti ibu bapa tidak perlu pening lagi untuk memikirkan urusan penghantaran anak ke sekolah.

Banner New School

Untuk peringkat tinggi, institusi pengajian tinggi (IPT) yang berdekatan adalah Universiti Malaya yang memang tersohor namanya di dalam dan luar negara.

Selain kemudahan dari segi pendidikan, 9 Seputeh juga turut berdekatan dengan kemudahan  dari segi kesihatan pada jarak yang dekat untuk dituju jika berlaku sebarang masalah yang tidak diingini.

Contohnya, Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) terletak pada jarak kurang 5 kilometer. Tetapi bagi yang inginkan rawatan kesihatan yang lebih eksklusif, Hospital Pantai Kuala Lumpur juga turut boleh dikunjungi kerana jaraknya dengan 9 Seputeh sekitar 3.8 kilometer sahaja. Sebuah lagi hospital pakar yang khusus berkaitan masalah jantung iaitu Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) yang mana jaraknya hanya 3.4 kilometer.

Beriadah bersama kehijauan alam

Berbalik kepada persoalan awal tadi, benarkan Jalan Klang Lama sudah tidak mesra atau sinonim dengan kehijauan dan alam sekitar?

Di sinilah pentingnya 9 Seputeh kerana dibangunkan berdekatan dengan Sungai Klang yang terlibat dengan projek Sungai Nadi Kehidupan (River of Life, ROL).

Projek di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan ini telah dimajukan sebagai komitmen untuk merealisasikan agenda memelihara kebersihan sungai di ibu kota serta memulihkan kualiti air tersebut.

Promenade Boulevard

Mula dijalankan pada tahun 2011, RoL merupakan salah sebuah projek penting Greater Kuala Lumpur dengan tujuan mentransformasikan dua batang sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang menjadi kawasan berdaya maju dan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.

9 Seputeh pula telah menambah nilai projek ROL ini dengan menyediakan kawasan riadah yang dilatari kehijauan pohon-pohon rendang yang mendamaikan yang dikenali sebagai ‘Promenade Boulevard’. Kawasan riadah ini pula boleh dikunjungi oleh orang ramai di sekeliling 9 Seputeh untuk memanfaatkan semua kemudahan yang disediakan.

Di sinilah 9 Seputeh dan Promenade Boulevard mempromosikan dan membudayakan gaya hidup yang sihat bukan sahaja kepada para penghuninya tetapi juga untuk orang ramai yang turut menghuni di kawasan sekitar 9 Seputeh.

Prospek Kehidupan dan Hartanah

Terkenal dengan kepakaran projek berkonsepkan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD), MRCB telah memperkenalkan kawasan-kawasan perumahan baharu yang memenuhi gaya hidup moden yang pantas bergerak, mengurangkan belanja harian dan memelihara alam sekitar.

Maka, 9 Seputeh menjadi bukti kepada komitmen tersebut. 9 Seputeh pula dibangunkan berdasarkan kepada masterplan iaitu melibatkan VIVO Series, kediaman dan komersial. Untuk projek kediaman, MRCB telah memperkenalkan tiga blok kondominium Tria Seputeh yang dikenali sebagai Pelto, Ebon dan Cavi.

Image result for mrcb tria

Selain Tria Seputeh, mercu 9 Seputeh yang lain adalah VIVO Residences, bangunan rumah pejabat (SoHo) dan VIVO Signature Retail. Salah satu kelebihan yang diketengahkan dalam 9 Seputeh lagi adalah sebuah laluan penghubung antara Jalan Klang Lama ke NPE.

Dikelilingi pelbagai kemudahan serba moden dan canggih ini serta ditambah jaminan kehebatan MRCB sebagai syarikat pemaju yang berwibawa dan cekap mengenal pasti potensi sesebuah kawasan pembangunan, sudah pasti, 9 Seputeh mampu menarik perhatian orang ramai untuk memiliki kediaman di Tria Seputeh.  

Sekiranya anda berminat, sila hubungi 03 2787 7996 atau layari triaseputeh.com.my keterangan lanjut



Komen Anda?

Bandingkan Hartanah