PR1MA Kajang Utama: Rumah Murah, Lokasi Ideal & Fasiliti Lengkap | HARTABUMI
Hasil carian anda

PR1MA Kajang Utama: Rumah Murah, Lokasi Ideal & Fasiliti Lengkap

Pr1ma Kajang Utama Mrcb Hartabumi 00

Dipos oleh Aezhad pada April 29, 2019
| 0

Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, sudah pasti memiliki rumah kediaman sendiri adalah menjadi antara senarai ‘bucket list’ yang mahu dipenuhi mereka.

Namun dengan situasi pasaran hartanah hari ini, ramai yang masih berkira-kira kerana untuk mendapatkan hartanah pada harga yang berpatutan ditambah pula dengan lokasi yang strategik boleh dikatakan amat susah.

Image result for wow gif

Kredit : Giphy

Sungguhpun begitu, kerajaan tidak memandang isu ini sebelah mata sahaja. Pelbagai insiatif telah diambil bagi membantu rakyat untuk memiliki rumah pertama mereka.

Antara insiatif kerajaan yang dijalankan ialah melalui projek perumahan PR1MA di mana rumah PR1MA dijual pada harga mampu milik dengan lokasi yang amat strategik.

Terdapat banyak projek perumahan PR1MA dibina di seluruh Malaysia dan antara yang berjaya menarik perhatian serta menjadi perbualan hangat orang ramai pada hari ini ialah Residensi PR1MA Kajang Utama yang bakal dibina di Taman Kajang Utama.

Kajang Utama 2 01

Kredit : PR1MA

Lokasi yang dipilih bagi pembinaan rumah PR1MA ini adalah sangat menarik kerana ianya terletak di tengah-tengah antara dua bandar utama yang sangat tinggi potensi hartanahnya iaitu Kajang dan Bandar Baru Bangi dengan jarak ke dua-dua bandar ini sekitar 2.8 km dan 4.4 km sahaja!

Lokasi Idaman Ramai

Dengan keluasan sekitar 273 ekar, Taman Kajang Utama boleh disifatkan sebagai lokasi yang amat ideal untuk dijadikan sebagai kawasan kediaman.

Tidak kira sama anda sudah berkeluarga atau juga masih bujang, kemudahan serta fasiliti yang tersedia di sekitar Taman Kajang Utama adalah cukup lengkap bagi memenuhi keperluan setiap penduduknya.

Prima Kajang Mrcb 03

Kredit : PR1MA

Penduduk Taman Kajang Utama sudah semestinya bersyukur dengan kemudahan pengangkutan awam yang boleh diakses mereka.

Sebagai contoh, stesen MRT dan KTM Kajang hanya terletak dengan jarak sekitar 4.2 km sahaja. Ini adalah sangat memudahkan terutamanya bagi mereka yang lebih suka menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda mahu berjalan jauh ke negeri-negeri di seluruh Malaysia, anda mempunyai pilihan menaiki bas ekspres di Stesen Hentian Kajang yang terletak dengan jarak sekitar 2.7 KM dari rumah.

Jarak untuk ke KLIA dan KLIA2 juga tidaklah begitu jauh dengan anggaran masa perjalanan sekitar 35 minit. Buat penjawat awam yang bekerja di Putrajaya pula, bandar pentadbiran itu boleh dituju dengan mengambil masa kira-kira 20 minit.

Putrajaya

Kredit : Google Maps

Kerajaan juga baru sahaja mengumumkan akan membina satu stesen ECRL di Bangi Kajang yang mana lokasinya adalah berdekatan dengan Taman Kajang Utama.

Ini sudah semestinya membawa khabar gembira kerana apabila projek ECRL berjaya disiapkan menjelang 2026, akses ke negeri-negeri pantai timur menjadi semakin mudah.

Kredit : paultan.org

Dari segi jaringan lebuhraya pula, penduduk Taman Kajang Utama mempunyai akses yang mudah bagi perjalanan ke mana-mana sahaja. Antara lebuhraya yang tersedia ialah:

1. Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
2. Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK)
3. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
4. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

Kredit : Twitter

Kemudahan & Fasiliti Serba Lengkap

Bagi mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak yang masih di bangku sekolah, anda boleh menarik nafas lega kerana terdapat beberapa sekolah sama ada di peringkat rendah atau menengah yang berdekatan dengan Taman Kajang Utama.

Antaranya ialah SK Kajang Utama, SMK Kajang Utama dan SMK Jalan Reko. Bagi mereka yang mahu pendidikan yang lebih berkonsepkan islamik pula, anda boleh menghantar anak anda ke Sekolah Sri Al-Amin atau Greenview Islamic International School.

UKM Pr1ma

Kredit : afterschool.my

Untuk peringkat pengajian tinggi, beberapa universiti terkemuka boleh menjadi pilihan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Uniten, German-Malaysia Institute (GMI) dan Malaysia-France Institute.

Kemudahan untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan juga adalah sangat mudah. Kajang Plaza Medical Centre dan Hospital Pakar KPJ yang terletak di pusat bandar Kajang boleh diakses dengan masa perjalanan sekitar 15 mini sahaja menggunakan kereta.

Review Kawasan Kajang Pr1ma Kajang Utama Hartabumi 015

Kredit : Facebook

Begitu juga dengan Hospital Islam Az-Zahrah dan Hospital Pakar An-Nur di Bandar Baru Bangi yang mana kedua-dua hospital ini terletak hanya 6 km dari Taman Kajang Utama.

Buat mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan secara swasta pula, jangan gusar kerana di sini juga terdapat Hospital Kajang yang merupakan hospital kerajaan dibina bagi kemudahan penduduk setempat.

Harga Mampu Milik & Kepadatan Yang Rendah

Projek Perumahan PR1MA Kajang Utama yang dibina di atas tanah berkeluasan 4.07 ekar ini mempunyai sebanyak 566 unit untuk direbut oleh pembeli-pembeli di luar sana.

Terdapat 3 jenis unit rumah yang ditawarkan dengan keluasan binaan bermula daripada 904 kaki persegi sehingga 1,270 kaki persegi. Setiap unit ini dilengkapi dengan 3 bilik dan 2 tandas.

1. Jenis A

Kajangutama A1 Edited 1 Page 0

Kredit : PR1MA

2. Jenis B 

Kajangutama B1

Kredit : PR1MA

3. Jenis C

Kajangutama C1

Kredit : PR1MA

Apa yang lebih menarik, PR1MA Kajang Utama ini adalah berstatus pegangan bebas serta mempunyai ‘density’ unit yang amat rendah. Jadi, anda tidak perlu bersesak untuk keluar dari kawasan perumahan dan juga ketika mahu menaiki lif.

Pelbagai fasiliti moden telah disediakan pihak pemaju bagi kemudahan setiap penduduk yang mendiami rumah PR1MA ini. Dewan serbaguna, taman permainan, surau serta kawalan keselamatan ditawarkan bagi menjamin kesejahteraan dan juga keselamatan penghuni.

Mungkin ramai yang berfikir dengan kemudahan yang disediakan ini sudah pasti harganya juga agak tinggi. Anda silap!

Rumah PR1MA Kajang Utama ini ditawarkan dari harga serendah RM260,000 sahaja!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah