Seiring East | HARTABUMIHARTABUMI
Hasil carian anda

Seiring East

Harga Dari RM 956,800 RM 861,120.00 -1160000 10 % Diskaun Bumiputera
Pendapatan Sesuai (More than RM 8001)

4   5   2
Leasehold /

Persiaran Tan Sri Low Yow Chuan Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor Malaysia, 48020 ,

Jenis Hartanah:
Status Geran: Individual
Tahun Siap: 2017

Jenis Unit: Intermediate
Saiz Binaan: 3173 sq. ft.

Ruang BBQ
Laluan Joging
Pasar Mini
Pusat Asuhan
Taman Permainan
Salun
Sauna
Kolam Renang
Gelanggang Tenis
Kafetrial
Club House
Gym
Kawalan 24jam

Maklumat Seiring East

Low Yat Group memperkenalkan kepada anda pembangunan yang mengagumkan di Bandak Tasi Puteri, Seiring Residences.  Terletak dalam keselesaan padang golf 27-lubang, Seiring Residences terdiri daripada Semi-D dua tingkat dan  rumah Semi-D kluster.  Dengan hanya 32 unit memenuhi seluruh projek, Seiring Residences merupakan maksud sebenar kehidupan kepadatan rendah.

Dibangunkan di bawah anak syarikat Indah Jaya Development Sdn. Bhd., projek ini ialah pegangan leasehold 99 tahun.  Jika anda pernah ke tapak ini, anda akan menyedari jalan Seiring Residences yang sebelum ini  dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan hijau yang segar dan sangat tenang.

Satu pemeriksaan dengan pemaju  memperlihatkan bahawa projek ini dijangka akan siap pada Februari 2017 dan memegang status kediaman.  Manfaat status kediaman berbanding komersial adalah bayaran taksiran dan bil utiliti yang murah dengan lebih separuh.

32 unit rumah semi-D dibahagikan kepada 2 fasa.  Fasa 1 projek ini terdiri daripada 16 unit dan sekarang dibawah pembinaan.  Projek  ini akan siap pada Februari 2017.  Fasa 2 terdiri daripada 16 unit lagi dan permulaannya masih belum dipastikan.

Terdapat 2 jenis unit untuk Seiring Residences, unit biasa dan unit tanah tambahan.  Saiz binaan untuk kedua-dua unit adalah 40′ x 80′, dan saiz binaan 3,173 kaki persegi.  Walaubagaimanapun, kawasan tanah untuk kedua-dua unit adalah berlainan.

Kawasan tanah untuk jenis unit biasa ialah 3,840 kaki persegi manakala unit untuk tanah tambahan mempunyai kawasan tanah seluas 6,346 kaki persegi.

Pada masa ini hanya terdapat 1 daripada 15 unit dengan tanah binaan tambahan.  Semua unit yang lain tergolong dalam kategori binaan biasa.  Pemaju turut menyatakan ini adalah unit terakhir yang ada kerana pelanggan berpotensi gagal untuk mendapatkan pinjaman.  Pihak yang berminat perlu bertindak cepat atau menunggu fasa kedua bermula.

Semi-D dua tingkat sangat luas di dalam dan juga di luar.  Ini jelas terbukti daripada reka bentuknya yang mempunyai 4 bilik tidur.  Reka bentuknya direka seperti tingkat bawah akan diletakkan 2 bilik tidur manakala tingkat atas mempunyai tiga lagi bilik.  Bilik Tidur Utama yang terletak di tingkat atas akan membuatkan anda merasa kagum dengan keluasannya.

Selain daripada itu, terdapat juga bilik stor dan bilik pembantu di tingkat bawah.  Sebagai Semi-D, ia mempunyai kelebihan kerana terdapat ruang tamu di tingkat atas.  Ruang tamu yang terletak betul-betul di luar bilik tidur utama memberikan sebuah persekitaran yang selesa untuk ahli keluarga berehat.

Oleh kerana lokasinya yang dianggap lebih jauh daripada Pusat Bandar KL dan PJ, ia memiliki harga yang agak lebih rendah bagi setiap kaki persegi berbanding dengan yang dahulu.  Pada harga anggaran RM300 bagi setiap kaki persegi, harga hartanah untuk Seiring Residences bermula daripada RM956,800 hingga RM1,160,000.  Unit biasa berharga RM956,800 manakala unit dengan tanah tambahan kini dijual pada harga RM1,160,000.

Rumah ini kosong tanpa perabot, almari dan aksesori dapur.  Semua aksesori bilik mandi adalah daripada Johnson Suisse dan mempunyai “shower screen”.  Ia akan menjimatkan sedikit wang anda kerana kebiasaannya pemasangan “shower screen” boleh mencecah hingga RM1,000.  Jalan masuk juga cukup luas untuk menempatkan 3 biji kereta.

Mengakui bahawa keselamatan adalah keutamaan kepada penduduk, pihak pengurusan telah mengambil langkah untuk meletakkan pengawal keselamatan di Seiring Residences walaupun projek tersebut tidak berpagar.  Wakil jualan mendedahkan bahawa setiap unit akan dikenakan bayaran kira-kira sebanyak RM100 setiap bulan untuk pengawal keselamatan tetapi jumlah sebenar masih belum disahkan lagi dan mungkin berubah apabila projek telah siap.

Galeri jualan Bandar Tasik Puteri terletak kira-kira 2.5 km daripada Seiring Residences.  Kepada anda yang berminat, anda boleh pergi ke galeri tersebut dan wakil jualan akan membawa anda ke tapak Seiring Residences.  Terdapat pembinaan yang sedang dijalankan bersebelahan dengan galeri jualan iaitu Clubhouse yang bakal ada kelak.  Semua penduduk Bandar Tasik Puteri akan berpeluang menikmati kemudahan Clubhouse tersebut seperti kolam renang, gelanggang tenis dan banyak lagi dengan bayaran yang rendah.

Peta


Kalkulator Pinjaman

RM
%
tahun
%

Anggaran Bayaran




Bandingkan Hartanah