Punca Rumah Anda Tidak Laku Dan SolusinyaHARTABUMI
Hasil carian anda

Punca Rumah Anda Tidak Laku Dan Solusinya

Punca Rumah Anda Tidak Laku Dan Solusinya Hartabumi 10

Dipos oleh Fatin pada Mac 9, 2018
| 0

Anda ingin menjual rumah tetapi masih tiada pembeli? Anda pasti sudah mula buntu dan sibuk mencari punca serta cara mengatasi masalah ini kan?

Nak jual rumah memang susah ya tambahan lagi dengan keadaan ekonomi kita sekarang tetapi tidak mustahil.

Sebelum kami bentangkan punca-punca serta solusi rumah anda tidak laku, jom kita teliti dahulu data di bawah,

Rumah X Dijual 03

Berita baiknya adalah anda tidak keseorangan dalam hal ini. Masih ramai yang tidak berjaya menjual rumah mereka.

Punca rumah anda tidak laku

1.Harga rumah

Kebiasaanya faktor harga ‘mencekik darah’ adalah punca utama mengapa rumah anda tidak terjual, lagi-lagi jika jiran anda menjual rumah mereka dengan harga yang lebih murah.

Mungkin anda ‘sengaja’ meletak harga sedemikian dengan harapan ada yang akan bertanya dan proses tawar menawar boleh dilakukan. Sebaliknya ramai yang takut untuk bertanya.

2. Keadaan rumah

Walaupun kita sering diterapkan dengan ideologi ‘Don’t judge a book by its cover’ yang membawa maksud rupa luaran bukanlah segalanya, keadaan rumah adalah antara perkara paling penting jika anda nak rumah anda laku.

Punca Dan Solusi Rumah Anda Tidak Laku Hartabumi 01Kredit:Vitamin4Uall

3.Lokasi rumah

Lokasi rumah adalah antara sebab mengapa rumah anda tidak laku. Buat sedikit kajian tentang pembangunan yang akan akan didirikan di kawasan rumah anda itu dan cuba yakinkan pembeli.

4.Strategi pemasaran anda lemah

Punca Dan Solusi Rumah Anda Tidak Laku Hartabumi 03Kredit: RumahDiMalang

Iklan yang anda muat naik di laman sosial gagal menarik perhatian pembeli. Mungkin anda harus lebih agresif dalam melakukan pemasaran. Pastikan gambar rumah anda di ambil dengan baik dan cuba senaraikan kemudahan di sekitar tempat tinggal, perabut yang disertakan serta lain-lain perkara yang penting serta relevan.

5.Silap pilih ejen

Tanggunjawab ejen adalah mencari prospek dan jika sudah lebih dari 6 bulan, 1 prospek pun tiada bermakna ejen anda tidak membuat kerja.

Kerja ejen bukan sahaja membawa prospek melihat rumah, tetapi mereka juga bertanggugjawab mencari prospek, membuat pemasaran dan urusan jual beli.

Solusi rumah tidak laku

1.Harga berpada

Pastikan harga yang anda letak berpada dengan rumah anda. Janganlah rumah di sebelah loji kumbahan tetapi mahalnya macamn terletak disebelah KLCC.

Anda dinasihatkan untuk menyemak ‘market value’ rumah, buat kajian tentang pesaing dan ambil kira kekurangan rumah sebelum menetapkan harga rumah.

2.Deko rumah

Kalau anda nak letak harga rumah mahal boleh, tetapi biarlah bersebab contohnya pastikan rumah anda dalam keadaan cantik sebelum membawa prospek melihat rumah. Barulah prospek jatuh cinta pandang pertama.

Punca Dan Solusi Rumah Anda Tidak Laku Hartabumi 04Kredit: Wanista.com

3.Pemasaran yang hebat

Sekiranya lokasi rumah anda tidak strategik atau terdapat perkara yang tidak boleh dielakkan seperti ia dibina berhampiran dengan loji kumbahan, anda boleh membuat kajian ringkasan tentang pembangunan yang akan didirikan di kawasan itu sebagai ‘counter’ untuk kelemahan rumah  

4. Upah agen yang boleh diharap

Pilih agen yang boleh melakukan kerja dengan baik. Jangan disebabkan anda ingin jimat upah agen, anda pilih agen yang buat kerja sambil lewa. Agen sepatutnya membantu mempercepatkan proses jual beli bukan sebaliknya.

Punca Dan Solusi Rumah Tidak Laku Hartabumi 05Kredit: Nedvicon.ru

Jadi jika anda masih belum berjaya menjual rumah, jangan risau. Cuba cara yang hartabumi cadangkan ini untuk menjual rumah anda.

Footer Hartapedia 07 1024x231

Muat turun Hartapedia sekarang!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah