Hasil carian anda

Realiti Rumah Sewa Di Korea

Dipos oleh Aezhad pada November 27, 2018
| 0

Menurut laporan berita dari The Korea Times, ‘Goshiwon’  telah menjadi alternatif perlindungan asas bagi penyewa di bandar urban di Korea. 

Apa yang mengejutkan ialah dimana seorang lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai posmen, tinggal di sebuah bilik dengan keluasan 6.6 meter persegi tanpa tingkap dan dinding yang sangat nipis.

Kredit: The Korea Time
 

Dinding tersebut yang terlalu nipis dikatakan menyebabkan lelaki tersebut yang bernama Cho mampu mendengar setiap perkataan dalam perbualan bahkan langkah kira- kira 20 penyewa bilik di sekitarnya di aras yang sama.

Istilah ‘goshiwon’ sebenarnya ialah bilik peperiksaan yang terletak di atas kedua dan ketiga sebuah bangunan lama dan usang di pusat bandar Seoul, Korea Selatan.

Perumahan gaya asrama yang unik ini mula popular sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an dan menjadi kemudahan perumahan kos rendah kepada pelajar – pelajar universiti di sekitar Seoul. 

Kredit: Accupawhimsy
 

“Mereka yang menyewa biasanya adalah bakal peguam atau pegawai kanan kerajaan.”

Antara fasiliti yang terdapat dalam bilik – bilik ini ialah katil kecil, meja belajar, bilik mandi dan dapur mini. Konsep bilik ini dibina dengan cara mengasingkan pelajar dari rakan – rakan mereka bagi membantu mereka menumpukan perhatian kepada pengajian mereka.

Kredit: Big 5
 

“Saya tidak akan memanggil tempat ini sebagai rumah dan orang – orang yang tinggal di sini sebelum ini adalah penganggur yang tidak bergaul dengan masyarakat sama sekali”

Bilik ini berharga 200,000 won hingga 300,000 won iaitu sekitar RM750 sehingga RM1,100 sebulan dan dikatakan jauh lebih murah berbanding menyewa pangsapuri satu bilik yang menelan kos 500,000 won yaqni RM1,900 sebulan!

Di bandar besar seperti Seoul, anda sebenarnya memerlukan sekurang – kurangnya 100 juta won iaitu RM370,000 untuk pangsapuri studio bersaiz 30 meter persegi dengan kontrak dua tahun.

Ramai warga Korea Selatan melihat goshiwon adalah alternatif terbaik untuk mereka berteduh dan mereka tidak mempunyai pilihan lain, melainkan mempunyai simpanan yang banyak atau lahir dari keluarga yang kaya.

Kredit: Depositphotos
 

Golongan berpendapatan rendah tidak mampu untuk memiliki rumah dengan harga pasaran yang terlalu mahal di Korea dan mereka dibelenggu kebimbangan kerana goshiwon yang mereka inap kerap kali berlaku kebakaran dan mendatangkan bahaya kepada mereka yang berkeluarga.

Ada juga pekerja yang menyewa di situ melebihi tiga tahun dan masih tidak mampu untuk berpindah keluar gara – gara harga rumah di Korea Selatan terlalu mahal.

Pakar telah lama bersuara bahawa konsep goshiwon sedia ada sangat berisiko jika berlaku kebakaran kerana tiada tingkap dan isu ini diburukkan lagi dengan pemilik goshiwon yang mengubah suai bilik secara haram untuk disewakan kepada lebih ramai penyewa.

Sumber : The Korea Times

Sumber : Korea Expose

Jom Survey Rumah Murah Di Hartabumi.com!

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah