Hasil carian anda

Risiko Jalani Perniagaan Homestay Di Kediaman Sendiri

Dipos oleh myhartabumi pada Jun 20, 2017
| 0

Sejak kemunculan perniagaan homestay ini bermula, semakin ramai pemilik hartanah menjadikan rumah mereka sebagai satu perniagaan untuk menjana pendapatan. Ia mungkin dijadikan homestay atau hotel di mana disewakan untuk jangka masa pendek.

Dalam pada pemilik hartanah ini mendapat pendapatan lebih dengan menyewa hartanah mereka, ada beberapa hal yang melibatkan undang-undang perlu diberi perhatian.

Homestay Kediaman Sendiri Airbnb Hartabumi 02

Kredit: Orlando Weekly

Di laman web Airbnb, telah disenaraikan beberapa peraturan dan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pemilik rumah sebelum menawarkan hartanah mereka kepada platform rumah perkongsian.

Antara yang perlu dititikberatkan sebelum memulakan perniagaan ini ialah :-

  • lesen perniagaan
  • bangunan dan piawaian perumahan
  • kaedah-kaedah pengezonan
  • permit khas
  • cukai
  • peraturan lain oleh organisasi penyewa dan tuan tanah.

“Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, kami tidak menyediakan khidmat nasihat undang-undang. Sila berhubung terus dengan kerajaan tempatan atau berunding dengan peguam tempatan dan cukai profesional,”  – AirBnb

Menurut Jurucakap dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pemilik hartanah tidak perlu memohon lesen perniagaan atau permit perniagaan sekiranya menggunakan rumah untuk tujuan kediaman (walaupun disewakan).

Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada pengurus hartanah kediaman itu sama ada mahu mengambil tindakan terhadap tuan rumah yang menjalankan perniagaan homestay. Pengurus kediaman boleh melarang aktiviti ini sekiranya ianya dilihat memberi masalah kepada penduduk lain.

Sementara itu, menurut ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya untuk Kampung Sungai Kayu Ara, Bandar Utama dan Mutiara Damansara Tang Fuie Koh berkata,

“Tidak ada sebarang garis panduan setakat ini terhadap sewa jangka masa pendek ini. Namun, ini tidak bermakna mereka boleh melakukannya sesuka hati.”

Adakah geran hartanah perlu ditukar dari kediaman kepada komersial sekiranya tuan rumah menyewakan untuk jangka masa pendek atau panjang?

Tang berkata, ianya tidak perlu sekiranya hartanah itu disewakan untuk tujuan kediaman. Namun, sekiranya tuan rumah menyewakannya untuk tujuan komersial seperti tadika, rumah orang tua dan pusat penjagaan, perkara ini perlu diambil kira.

Pemilik hartanah atau mereka yang melakukan aktiviti ini telah melanggar dua peruntukan undang-undang, iaitu Undang-undang Kecil 1991 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Walaupun mereka ini melakukan perkara yang bagus dan menguntungkan, tapi ianya tetap salah disisi undang-undang. (kerana sudah termaktub dalam syarat hartanah untuk didiami sahaja).

Homestay Kediaman Sendiri Airbnb Hartabumi 04

Kredit: Edge Prop

Terdapat dua jenis bangunan yang sesuai untuk tujuan perniagaan homestay ini seperti hotel dan apartment yang mempunyai Perakuan Siap dan Pematuhan yang jelas menerangkan tujuan hartanahnya.

Pemilik hartanah dinasihatkan supaya menyemak penggunaan hartanah mereka daripada Jabatan Perancangan kerajaan tempatan terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan sewa jangka masa pendek.

PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG

Menurut peguam Pretam Singh Nor dan Co Datuk Pretam Singh, menukar rumah kediaman kepada perniagaan homestay untuk pelancong tanpa mematuhi peraturan adalah menyalahi undang-undang.

Di bawah Akta Pengurusan Strata 2013, hartanah kediaman tidak boleh dijadikan tujuan komersial. Dari sudut perancangan dan perspektif keselamatan, kelulusan perancangan yang diberikan oleh pihak berkuasa adalah untuk kegunaan kediaman sahaja.

Sekiranya pemilik hartanah mengubah unit untuk tujuan komersial, ini bermakna telah melanggar syarat keselamatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penyelamat Malaysia (Bomba).

Contohnya seperti pemasangan papan tanda “Keluar” di kediaman. Oleh itu, hartanah itu menjadi tidak selamat dan tidak sesuai untuk tujuan lain selain daripada kediaman.

Homestay Kediaman Sendiri Airbnb Hartabumi 01

Kredit: Totalika

Menurut Pretam, terdapat perbezaan antara menjadikan rumah kediaman sendiri kepada homestay dan menyewakan pada jangka masa yang panjang. Sekiranya kita sewakan rumah dalam jangka masa panjang, penyewa perlu bersetuju dan menandatangani perjanjian dan syarat yang dikeluarkan oleh tuan rumah.

Namun, sekiranya pemilik hartanah atau tuan rumah itu tadi menjadikan rumah mereka sebagai homestay atau hotel (sewa jangka masa pendek), adakah penyewa akan menandatangani perjanjian yang diberikan? Sudah pasti tidak! Kerana mereka hanya tinggal di rumah berkenaan untuk beberapa hari sahaja. Oleh itu, mengubah rumah kediaman kepada homestay adalah salah disisi undang-undang!

Sekiranya pemilik hartanah masih mahu menjadikan rumah mereka sebagai homestay seperti hotel, mereka perlu menaik taraf hartanag mereka untuk memenuhi kehendak dan keperluan Bomba di bawah Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 kerana ianya melibatkan keselamatan pengunjung.

Beliau turut menegaskan bahawa rumah sewa jangka masa pendek ini tidak mendapat perlindungan insuran. Ianya kerana, insuran yang diambil untuk rumah rumah itu adalah untuk tujuan didiami sahaja. Selain itu, sekiranya rumah dijadikan sebagai perniagaan, tuan rumah kemungkinan akan dikenakan cukai.

Homestay Kediaman Sendiri Airbnb Hartabumi 03

Kredit: Amanz

Tambahan pula, penduduk lain dibenarkan untuk membuat aduan kepada Tribunal Strata sekiranya mereka mendapati pemilik rumah menjadikan kediaman mereka untuk perniagaan seperti homestay dan hotel.

Selain dari membuat aduan secara individu, Pretam menyarankan supaya bersama-sama dengan badan pengurusan dan syarikat pengurusan untuk membuat aduan perkara ini kepada Tribunal Strata.

Telegram Hartabumi Info Hartanah Malaysia 1024x231

Jom dapatkan ilmu hartanah tanpa batasan di Telegram Hartabumi!

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Buletin 20

Sertai Kami Sekarang

Langgan newsletter Hartabumi dan dapatkan info hartanah percuma sekarang!
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link
Buletin 20

Sertai Kami Sekarang

Langgan newsletter Hartabumi dan dapatkan info hartanah percuma sekarang!
 
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link
Poster Announcement

Ingin dapatkan rumah PR1MA dengan diskaun sehingga 30%?

KLIK DISINI
close-link

Bandingkan Hartanah