RM38b Rumah Tak Terjual Boleh Selesai Dengan Kempen ke China? | HARTABUMI
Hasil carian anda

RM38b Rumah Tak Terjual Boleh Selesai Dengan Kempen ke China?

Template Feature Image 21 01

Dipos oleh Nasruddin pada September 13, 2019
| 0

KUALA LUMPUR, 13 SEPTEMBER, 2019: Isu lambakan rumah yang tidak terjual di Malaysia bukanlah perkara baru.

Malah ianya semakin membimbangkan dengan nilai stok rumah yang tidak terjual bernilai sebanyak RM38 bilion- peningkatan 337% sejak tahun 2015.

Ini bermakna terdapat aset RM38 bilion yang tidak dapat dicairkan (liquidate) dan hanya menjadi batu bata buat masa sekarang. Sekiranya RM38 bilion ini dapat dicairkan (baca: dijual), ia boleh disuntik ke dalam ekonomi negara.

Buat permulaan, syarikat yang menjual rumah-rumah tersebut akan dapat memperbaiki aliran tunai mereka. Hutang kepada pihak ketiga pula akan dapat dibayar.

Ini pastinya mengurangkan tekanan bagi syarikat untuk ‘down-size’ atau terus bungkus. Sebahagian wang ini juga dapt dilabur kembali bagi membangunkan projek kediaman baru yang mana vendor, sub kontraktor, konsultan akan mendapat manfaat.

Pekerja akan kembali produktif dan kemungkinan berlaku penambahan tenaga kerja. Tetapi setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan dari syarikat membuang pekerja.

Di akhirnya, sekiranya syarikat ini mencatatkan keuntungan, kerajaan akan mendapat 24% hasil cukai korporat.

Jadi isu lambakan rumah tidak terjual adalah isu ekonomi yang mana-mana kerajaan atau kementerian perumahan perlu mencari penyelesaian walaupun isu ini bermula dari era kerajaan dahulu.

Jadi, apakah penyelesaian yang terbaik?

Pertama sekali, tidak ada satu solusi ‘one size fits all’. Setiap kategori rumah yang tidak terjual adalah berbeza masalah dan solusinya.

Apa yang dicadangkan oleh YB Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk diadakan ekspo jualan rumah ke negara luar seperti China dan Hong Kong adalah membantu menjual rumah mewah berharga RM1 juta ke atas.

Cadangan ini pada dasarnya berniat baik. Ekspo SP Setia menerima sambutan luar biasa di Hong Kong baru-baru ini. Mah Sing dan Pavillion bakal menyusul.

Namun, cadangan tersebut boleh diperhalusi demi mengelakkan masalah-masalah lain yang bakal timbul. Antaranya KPKT boleh meletakkan syarat hanya unit kediaman yang sudah siap dan masih tidak terjual selepas 9-12 bulan yang boleh dijual ke pasaran luar.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah