Rumah: Beli Atau Sewa? | HARTABUMI
Hasil carian anda


Dipos oleh myhartabumi pada Jun 20, 2017
| 0

Apabila ianya melibatkan rumah (hartanah yang dibeli untuk menetap), antara nak beli atau sewa adalah satu keputusan yang sukar untuk ditentukan.

Atau pun, anda mungkin telah dibesarkan dengan prinsip “tidak akan menyewa” kerana berpendapat menyewa seperti membantu orang lain untuk membayar rumah mereka. Atau mungkin juga anda masih belum bersedia untuk membelanjakan sebahagian besar dari wang simpanan untuk hartanah kerana takut pada tanggungjawab sebagai seorang pemilik rumah.

Buat orang ramai yang sudah membuat perbandingan antara membeli atau menyewa tetapi masih belum membuat keputusan, berikut adalah beberapa pendekatan dan faktor-faktor yang mungkin membantu untuk membuat keputusan.

Pendekatan Matematik Konvensional

Banyak pakar hartanah terutamanya yang berpusat di US, menggunakan pengiraan yang dikenali sebagai ‘price-to-rent ratio’. Dengan hanya mencari harga purata di laman web hartanah kemudian bahagikan harga berkenaan dengan sewa tahunan.
Contohnya: Katakan purata harga hartanah ialah RM500,000 dan sewa ialah RM24,000 setiap tahun. ‘Price-to-Rent Ration’ ialah 500,000 ÷ 24,000 = 20.83. Secara kasarnya, sekiranya anda menyewa rumah untuk tempoh 21 tahun,

Untuk menggunakan kaedah ini bagi mengenalpasti cadangan yang mana satu lebih menarik, anda boleh pertimbangkan dua panduan ini:

  • Berdasarkan laman web hartanah www.trulia.com, ‘price-to-rent ratio’ di bawah 15 menunjukkan membeli adalah lebih murah daripada menyewa, manakala ‘Price-to-Rent Ratios’ 20 ke atas menunjukkan bahasa meyewa adalah lebih murah daripada membeli. Oleh itu, untuk hartanah yang mempunyai 20.83 ‘Price-to-Rent Ratios’, menyewa dilihat sebagai cadangan yang lebih menarik berbanding membeli.
  • Berdasarkan www.numbeo.com, sebuah laman web dicipta untuk mengira global kos sara hidup, ‘Price-to-Rent Ratios’ di Malaysia masing-masing ialah 16.41 (dalam pusat bandar) dan 24.01 (di luar pusat bandar).

Faktor Masa

Anda mungkin tidak fikirkan mengenai masa, tetapi masa merupakan faktor penting dalam membuat keputusan sama ada mahu menyewa atau membeli. Paling penting sekali, secara umumnya, jika anda bercadang untuk tinggal di sesuatu tempat untuk jangka masa pendek sahaja, membeli bukanlah satu keputusan yang baik. Ianya kerana faktor-faktor :

Setiap kali anda membeli atau menjual hartanah, anda perlu menanggung kos transaksi seperti yuran guaman dan caj-caj lain yang berkaitan. Jumlahlah mencecah sehingga lima angka.

  • Sekiranya anda menjual hartanah dalam tempoh lima tahun di Malaysia, anda perlu membayar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). Untuk bulan Julai 2013, CKHT ialah 25% daripada keuntungan bersih anda untuk dua tahun pertama dan 10% untuk tiga tahun akan datang.
  • Selain itu, anda telah membelanjakan wang yang banyak untuk ubahsuai rumah ketika pertama kali pindah.
  • Akhir sekali, dalam beberapa tahun anda tinggal di rumah anda, anda akan dikenakan servis dengan jumlah yang besar untuk faedah pinjaman rumah anda.

Semua faktor di atas menjatuhkan nilai hartanah anda jika anda membuat keputusan untuk menjual hartanah terlalu awal.

Anda boleh memilih untuk menyewakan rumah anda dan berharap supaya ianya mencukupi untuk anda membayar ansuran pinjaman bulanan. Tapi ianya mendatangkan risiko di mana sekiranya anda tidak ada penyewa atau pun bayaran sewa hanya boleh dibayar 50% sahaja daripada bayaran ansuran pinjaman bulanan, anda perlu mengeluarkan kos sendiri untuk membayar baki bayaran. Perkara ini akan memberi kesan kepada gaya hidup anda dan menghalang untuk membeli hartanah lain.

Sebagai panduan umum, pakar mencadangkan supaya menetap di sesuatu tempat lebih lama untuk membolehkan kenaikan nilai hartanah mengatasi kos urus niaga. Ianya boleh mencapai sehingga lima tahun atau lebih, atau kurang berdasarkan perkembangan hartanah. Tetapi, sekiranya anda tidak begitu pasti tentang susunan hidup jangka masa panjang anda, atau kewangan anda masih belum stabil untuk bayaran semula bulanan, sewa adalah pilihan yang terbaik buat masa ini.

Beli Atau Sewa : Faktor Keutamaan Peribadi

Apabila sesuatu perkara yang melibatkan pemilihan antara membeli atau menyewa, seseorang itu perlu mengutamakan diri mereka sendiri. Ianya kerana apa sahaja keputusan yang dilakukan akan memberi risiko kepada diri sendiri.

Sesetengah orang suka pada perubahan di mana mereka suka berpindah ke persekitaran baru setiap tahun. Jika anda jatuh pada orang begini, menyewa rumah adalah lebih bagus berbanding membeli.

Namun begitu, ada juga yang suka pada kehidupan yang berstruktur atau sudah jatuh cinta dengan lokasi tertentu dan tidak terfikir untuk berpindah dalam jangka masa pendek atau panjang. Oleh itu, membeli rumah adalah satu keputusan yang terbaik untuk dilakukan daripada menyewa.

Tambahan pula, ada yang suka mengubah suai rumah mereka mengikut citarasa mereka. Contohnya, seperti mengecat baru rumah serta melukis lukisan-lukisan kegemaran di dinding rumah. Aktiviti sebegini sebenarnya sesuai dilakukan di rumah sendiri dan bukan di rumah sewa.

Keputusan untuk membeli atau menyewa adalah pilihan peribadi. Atas desakan persekitaran, mungkin seseorang itu hanya mampu untuk menyewa daripada membeli, namun hatinya tidak suka dan lebih memilih untuk memiliki rumah sendiri.

Beli atau Sewa : Pilihan Anda
Seperti perkara lain dalam kehidupan, untuk membeli atau menyewa adalah persoalan yang tidak boleh dijawab oleh orang lain melainkan diri sendiri. Berikut merupakan beberapa tip sekiranya sukar untuk membuat keputusan 100% betul:

1. Pertama sekali, kenalpasti keadaan kewangan. Sekiranya bayaran ansuran bulanan daripada membeli rumah membuatkan anda sukar menguruskan kehidupan, anda perlu pertimbangkan pilihan lain yang lebih rendah daripada komitmen seperti, membeli mana-mana hartanah yang murah atau hanya menyewa untuk masa sekarang.

2. Rancang berapa lama anda bercadang untuk tinggal di sesuatu kawasan. Sekiranya anda bercadang untuk menetap di sesuatu kawasan untuk jangka masa lama, membeli adalah pilihan yang bijak sekiranya anda mampu. Namun, sekiranya anda bercadang untuk berpindah dalam tempoh satu atau dua tahun selepas menetap, atau anda masih tidak bercadang untuk melabur dalam hartanah, menyewa adalah pilihan yang tepat.

3. Pertimbangkan kehendak peribadi anda. Adakah anda gembira dengan rumah yang anda pilih? FIkirkan dahulu kesan untuk mempunyai rumah tetap sama ada anda mampu atau tidak. Sekiranya anda membuat pinjaman, tanya diri anda adakah anda sudah bersedia dan rela untuk korbankan kehendak hidup anda untuk membayar rumah.

4. Untuk membantu mengukuhkan lagi keputusan anda, anda juga boleh membuat pengiraan ‘price-to-rent ratio’ terhadap hartanah.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah