Rumah di Johor Dalam Bahaya? | HARTABUMI
Hasil carian anda

Rumah di Johor Dalam Bahaya?

Rumah Di Johor Dalam Bahaya Hartanah Hartabumi 00

Dipos oleh Aezhad pada Mei 15, 2019
| 0

Menurut laporan yang dikeluarkan The Star Online pada 5 Mei yang lalu, Johor mempunyai hartanah paling banyak tidak terjual di negara ini. Sejauh manakah kebenaran laporan ini? Jika benar, apa puncanya dan solusinya?

Menurut data dan statistik, Johor mempunyai jumlah tertinggi hartanah yang telah siap tidak terjual untuk dua tahun berturut – turut dengan jumlah keseluruhan 6,066 unit masih tidak dibeli.

Imej : The Star

Baca : Rumah Di Johor Paling Banyak Tak Terjual, Majoriti Berharga Lebih RM500,000

Keterangan ini turut disokong Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Negeri.

`

Imej : Amanah Daily

“Gabungan dari unit tidak terjual ini berjumlah tepatnya RM4,068 bilion dan hampir 60% daripadanya berharga RM500,000 ke atas.”

Perkara ini sebenarnya tidaklah mengejutkan dengan situasi harga rumah hari ini yang dilihat semakin tidak masuk akal dan menyebabkan majoriti golongan B40 memilih untuk menyewa

Sungguhpun media dan pakar hartanah begitu kuat mempromosikan mitos yang mengatakan harga rumah bakal turun tahun ini ternyata hanya indah khabar dari rupa. 

Imej : The Vocket

Apa yang lebih mengejutkan ialah apabila tahun 2019 dikenali sebagai “Best Auction Year” apabila lambakan rumah dan kediaman yang dilelong pihak bank gara – gara pemilik rumah gagal melunaskan bayaran pinjaman bank. 

Baca : Rumah Lelong Jadi Pilihan Ramai

Berdasarkan statistik, sekurang – kurangnya 3,000 unit rumah dan kediaman dilelong di seluruh negara dan sebahagian besarnya tertumpu di kawasan yang mempunyai akses MRT, LRT atau TOD (Transit Oriented Development). 

Dari segi penawaran rumah dari pemaju pula, kebanyakan rumah yang ditawarkan adalah rumah yang berharga RM500,000 dengan bayaran bulanan kurang lebih RM2,500 – RM3,000 sebulan

Usaha yang kelihatan sedikit proaktif dan membantu pemilikan rumah di kalangan warga Johor adalah melalui skim Rumah Mampu Milik Johor. 

Imej : Johor Gov

Baca : Apa jadi pada skim Rumah Mampu Milik Johor?

Sungguhpun begitu, skim tersebut dikritik hebat oleh sebilangan pihak yang mendakwa skim tersebut tidak dipasarkan secara menyeluruh buat warga Johor dan kuota Bumiputera bagi skim tersebut telah dikurangkan pemaju.

Imej : Malaysiakini

Kerajaan tempatan perlu mengambil langkah yang komprehensif agar masalah rumah tidak terjual di negeri Johor ini mampu diselesaikan secara holistik dan sekaligus meningkatkan pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera. 

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah