Hasil carian anda

Rumah Dual-Key, Bukan Sekadar Rumah

Dipos oleh Nasruddin pada Januari 11, 2019
| 0

Melihat kepada landskap pasaran hartanah hari ini, rumah ‘dual-key’ menjadi semakin popular dalam kalangan pemaju dan juga pembeli.

Konsep ini sebenarnya telah pun berada di pelbagai negara seperti Sweden, Jepun, Australia dan Amerika Syarikat dengan negara pertama yang mula memperkenalkan konsep ini ialah negara jiran kita iaitu Singapura.

Diperkenalkan sekitar era 1980an di Singapura, unit kediaman jenis dual-key ini kemudiannya dilihat sepi untuk seketika kerana kurang mendapat permintaan. Namun ianya telah membuat kemunculan semula pada tahun 2009 di projek Fraser Centrepoint’s Caspian.

Di Malaysia, pemaju pertama yang membawa konsep ini adalah Wing Tai untuk projek mereka di Verticas Residensi Kuala Lumpur yang terletak berdekatan dengan KLCC pada tahun 2011. Sejak daripada itu, ramai pemaju telah mula mengikuti trend ini.

Apa itu rumah dual-key?

Secara umum, ia diibaratkan sebagai “dua buah rumah dalam satu unit rumah”. Untuk senang difahami, dalam sebuah rumah itu, terdapat dua ruang berbeza yang boleh didiami oleh orang berbeza.

Apabila mahu memasuki sebuah rumah, akan terdapat dua pintu yang berasingan untuk menuju ke ruang berasingan ini.

Content Nadzri02 01 881x1024

Kebiasaannya unit kediaman dual-key ini terdiri daripada sebuah ruang binaan yang besar dan satu lagi ruang ialah unit studio yang lebih kecil.

Kenapa konsep ini diperkenalkan?

Idea ini sebenarnya bagi memenuhi permintaan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh, bagi pasangan yang baru berkahwin dan hanya mempunyai saiz keluarga yang kecil, apabila membeli rumah dual-key ini, mereka boleh menyewakan ruang yang tidak digunakan.

Dan sekiranya pada masa hadapan, bilangan ahli keluarga semakin bertambah, mereka boleh menggunakan ruang tersebut.

Rumah jenis ini juga sesuai untuk anak-anak yang mahu menjaga kedua ibu bapa yang sudah tua tetapi dalam masa yang sama mahukan privasi tersendiri.

Atau bagi mereka yang mahukan “office space” serta perpustakaan mini dalam rumah sendiri, rumah dual-key dilihat sebagai salah satu pilihan terbaik. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjadi stor penyimpanan buat mereka yang berniaga atas talian.

Pendek kata, rumah ini adalah jenis ‘multipurpose’.

Terdapat banyak lagi sebenarnya kelebihan membeli rumah jenis dual-key ini seperti kos strata yang hanya perlu dibayar pada satu harga, ‘dua unit hartanah’ dalam satu geran serta bermacam-macam lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut apakah lagi kelebihan dan juga kekurangan memiliki rumah jenis dual-key ini, baca: Apartmen ‘Dual-Key’, Kelebihan dan Kekurangan.

Buat masa ini, kita hanya dapat menyaksikan konsep dual-key ini pada rumah jenis apartment dan kondominium sahaja namun terdapat ura-ura konsep ini bakal diperluaskan kepada rumah jenis atas tanah (landed) di sebuah projek di Cyberjaya.

Sama ada konsep dual-key bagi rumah jenis landed ini akan berjaya menarik pembeli atau tidak masih belum diketahui namun, sudah pasti ianya akan menjadi ‘game changer’ kepada pasaran hartanah di Malaysia nanti. Sama-sama kita nantikan.

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Buletin 20

Sertai Kami Sekarang

Langgan newsletter Hartabumi dan dapatkan info hartanah percuma sekarang!
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link
Buletin 20

Sertai Kami Sekarang

Langgan newsletter Hartabumi dan dapatkan info hartanah percuma sekarang!
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link

Bandingkan Hartanah