RUMAH LUAS YANG BENAR-BENAR MAMPU MILIK | HARTABUMIHARTABUMI
Hasil carian anda


Dipos oleh myhartabumi pada Julai 24, 2017
| 0

Berminat ? Boleh isi borang di bawah
Klik di https://goo.gl/forms/6WjQPZobY1ofgyLd2

RUMAH LUAS YANG BENAR-BENAR MAMPU MILIK

Kita semua tahu terma ‘mampu milik’ berbeza mengikut orang. Harga mampu milik bagi
peniaga bisnes berjaya adalah berlainan dengan harga mampu milik buat pekerja ‘entry
level’.

Namun, secara majoritinya, harga mampu milik bagi rumah di Malaysia bolehlah dikatakan
sekitar bawah RM 500 ribu. Dan ini pun definisi yang diguna pakai oleh Bank Negara
Malaysia.

Persoalannya, adakah terdapat rumah berharga bawah RM500 ribu yang boleh dibeli
sekarang? Jika ada pun, adakah ia sekadar sebuah unit studio yang berkeluasan 400 kaki per
segi (sqft) dan tidak mempunyai tempat letak kereta?

Harga Mampu Milik Tapi Saiz Kecil?

Maklumlah, sudah semacam ‘trend’ pemaju-pemaju untuk mempromosikan projek mereka
kononnya berharga RM300 ribu, berdekatan dengan segala macam kemudahan tetapi
sayang……unit tersebut adalah unit studio.

Walaupun terdapat permintaan buat unit sedemikian (lebih-lebih lagi untuk pelaburan di
tengah bandaraya), kebanyakan rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki rumah atau
mereka yang mahu membeli rumah untuk tinggal tidak berapa berkenan dengan produk
sedemikian.

Mana Nak Cari Rumah Luas Mampu Milik?

Jadi, timbul persoalan yang lain- adakah terdapat rumah berharga bawah RM500 ribu yang
berkeluasan lebih 900 kaki per segi (sqft)?

Jawapannya, ADA! Bukan sahaja rumah ini berharga bawah RM400 ribu dan berkeluasan
900 sqft, ia terletak di Cyberjaya iaitu sebuah kawasan yang menyediakan taraf hidup yang
tinggi.

Bila bercakap tentang nak beli rumah kat Cyberjaya, mesti ada mulut yang muntahkan
dialog berbunyi seperti ini :
“JAUH GILA. KENAPA NAK KENA CARI RUMAH DEKAT TEMPAT JIN BERTENDANG?”

Cyberjaya Ini Okey Atau Tidak?

Mungkin ada yang belum sedar bahawa lokasi yang ramai orang labelkan sebagai tempat jin
bertendang ni ada banyak potensi seperti lokasinya yang strategik, pelaburan besar oleh
kerajaan, dan peningkatan ‘nilai rumah’ yang terjamin.

Ini tidak dicampur lagi dengan factor ‘booster’ seperti infrastruktur hebat dan tahap
keselamatan yang tinggi di Cyberjaya. (Untuk mengetahui 7 ‘booster’ hartanah di Cyberjaya,
sila ke muka surat xx dalam bulletin ini.)

Aspire Residence Cyberjaya

Sebelum ada yang menganggap ini adalah projek rumah mampu milik yang berkos rendah,
anda sebenarnya silap. Konsep pembangunan Aspire Residence adalah “Urban Community
Living Concept,” yang mengetengahkan gaya hidup sihat, selesa, dan selamat. Senang cerita,
ini projek perumahan yang selesa, ada gaya dan berkualiti tinggi.

Jika dilihat, semua fasiliti dan kemudahan yang dibina dalam Aspire Residence dibahagikan
kepada 3 fungsi iaitu;

Gaya Hidup Sihat

1. Kemudahan seperti rumah kelab, kolam renang dan juga gimnasium.
2. 4 ekar ruang taman hijau untuk penduduk menjalankan aktiviti riadah.

Keselesaan Kelas A

1. Ada kawasan yang dikhaskan bagi tujuan pusat komersil pada masa hadapan.
2. Kemudahan hentian bas berdekatan.
3. Dikelilingi oleh kemudahan asas seperti masjid dan akan ada sekolah rendah dan sekolah
agama yang akan dibina.

Keselamatan

1. Sistem keselamatan tiga peringkat yang merangkumi akses di pintu pengawal, lobi lif, dan
pintu masuk MLCP.
2. Dua ruang parkir disediakan berdekatan unit.
Menarik bukan? Belum lagi. Yang paling menarik adalah harganya dan pakej yang
disediakan.

Pakej Pembelian

Hanya dengan RM3,000, anda boleh memiliki rumah 900 kaki persegi dengan 3 bilik dan 2
bilik air.
Rumah ini dijual pada harga RM400 kaki persegi. Ia menjadikan rumah ini berharga
RM448,000. Tetapi ini adalah harga sebelum rebat dan diskaun. Walaubagaimanapun, untuk
apartmen yang separa lengkap dengan 2 tempat parkir, ini adalah antara yang termurah di
Cyberjaya.
Bermakna anda hanya perlu RM3,000, dan boleh terus pilih unit yang diminati kerana baki
daripada 10% yang sepatutnya dibayar akan dibayar melalui rebat 10%.

Ya, RM3,000 sahaja!
Tidak cukup dengan itu, anda yang membeli Aspire Residence juga akan mendapat :
1) Gril pintu masuk standard, kabinet dapur, hood and hob, 2 pemanas air, dan
penyaman udara 1 HP,
2) Pemasangan kipas dan lampu,
3) Yuran guaman dan yuran pinjaman termasuk duit setem, ditanggung beres oleh
pemaju,
4) Yuran penyelenggaraan selama 1 tahun, juga ditanggung oleh pemaju,

SEMUA INI BERNILAI RM50,000!

Tunggu apa lagi! Sila klik ikon di bawah untuk daftar minat anda kerana unit tidak banyak.

Tips: Untuk pengetahuan, terdapat beberapa projek ‘high-end’ yang akan dibina di sekitar
Aspire Residence yang akan menaikkan lagi harga rumah Aspire Cyberjaya. Antaranya Areca
Contemporary Homes (Blok 14), EMKAY group (Blok 15) dan Setia Haruman (Blok 16).
Kesemua ini dijangkakan akan dijual lebih mahal daripada Aspire Residence.

Tips 2: Berbeza dengan rumah PR1MA (yang sama harga) berdekatan Cyberjaya, projek
Aspire Residence tidak mempunyai moratorium 10 tahun yang tidak membolehkan anda
menjual dan menyewa rumah PR1MA.

Berminat ? Boleh isi borang di bawah
Klik di https://goo.gl/forms/6WjQPZobY1ofgyLd2

Jika ingin melihat rumah contoh untuk hartanah ini, boleh datang ke majlis sambutan hari raya.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah