Rumah Mikro Malaysia; Mungkinkah Solusi Rumah Mampu Milik?HARTABUMI
Hasil carian anda
Rumah Mikro Malaysia; Mungkinkah Solusi Rumah Mampu Milik 02

Dipos oleh myhartabumi pada Februari 8, 2018
| 0

Rumah mikro adalah rumah yang berkeluasan 5×5 Meter, anda rasa anda boleh diami rumah berkeluasan 2 petak letak kereta ni?

Ya betul! Hanya 2 petak letak kereta…

Rumah Mikro; Mungkinkah Solusi Rumah Mampu Milik 01

Kredit: opencv.org

Firma Seni Bina Tetawowe Atelier telah membina prototaip rumah mikro ini sempena The World Urban Forum yang berlangsung dari 7 hingga 13 Februari 2018.

Mengapa Perlunya Rumah Mikro?

Tahukah anda bahawa lebih kurang 54,000 orang yang berkerja di Kuala Lumpur hanyalah sekadar mencari rezeki di ibu kota? Dan selepas waktu pejabat hanya tinggal 5000 orang sahaja yang menetap di bandar Kuala Lumpur.

Rumah Mikro; Mungkinkah Solusi Rumah Mampu Milik 04

Antara sebab utama mengapa ramai pilih untuk tinggal di pinggiran Kuala Lumpur adalah kerana harga rumah di Kuala Lumpur diluar kemampuan mereka.

Fahami kenapa rakyat Malaysia masih tidak mampu beli rumah.

Bayangkan harga studio di tengah-tengah Kuala Lumpur sahaja sudah mencecah 6 angka, dimana purata pendapatan mereka yang berkerja di Kuala Lumpur hanyalah RM 5000.

Rumah Mikro Malaysia; Mungkinkah Solusi Rumah Mampu Milik Hartabumi 08

Kredit: countryliving.com

Kadar sewa pula bagaimana? Untuk menyewa kondo tiga bilik di Kuala Lumpur, paling kurang anda perlu ada RM 4000, manakala kondo yang sama di kawasan Damansara kadar sewanya hanyalah lebih kurang RM1500.

DBKL Gelisah

Perkara ini menimbulkan kerisauan pada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana pada pendapat mereka sekiranya ramai memilih untuk tinggal di pinggiran ibu kota, tidak mustahil pada masa akan datang mereka memilih untuk berkerja di kawasan sekitar itu dan enggan ke ibu kota lagi.

Rumah Mikro; Mungkinkah Solusi Rumah Mampu Milik 02

Kredit: skyscrapercity.com

Jika perkara ini berterusan, bandar Kuala Lumpur pasti akan terkubur tidak lama lagi…Ini sangat digeruni oleh pihak berkuasa kerana golongan pendapatan sederhana adalah golongan utama yang bertanggung jawab mengerakkan ekonomi bandar Kuala Lumpur.

Kebanyakkan rumah sekarang mampu milik atau mampu tengok?

Inisiatif DBKL dan Think City

Semestinya isu kekurangan rumah mampu milik pada mereka yang pendapatan sederhana menjadi faktor utama mengapa golongan ini memilih untuk membeli rumah atau menyewa di pinggiran kota.

Dengan kerjasama Think City, DBKL yakin bahawa cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan membina rumah mikro dua tingkat yang berukuran 5×5 meter bagi mengurangkan kos pembinaan.

Rumah Mikro; Mungkinkah Solusi Rumah Mampu Milik 03

Kredit: wanista.com

Rumah mikro ini sesuai bagi golongan muda, bujang dan buat yang menginginkan kehidupan minimalis di ibu kota.

Walaupun kedengaran agak sempit terutamanya buat keluarga yang mempunyai bilangan anak lebih dari satu, namun terdapat alternatif seperti folding wall partitions serta sekiranya anda bijak mengubah suai perabut di dalam rumah, pasti rumah mikro ini akan menjadi selesa.

Rumah Mikro Malaysia; Mungkinkah Solusi Rumah Mampu Milik Hartabumi 09

Kredit: nousdecor.com

Berapa harga sebuah rumah mikro?

Pembinaan rumah mikro masih berada di peringkat pertama iaitu pembinaan prototaip jadi harga rumah mikro ini masih di dalam tahap perbincangan. Masih banyak proses yang perlu dilalui sebelum harga pasaran rumah mikro boleh diumum kepada semua.

Mesti ramai nak lihat prototaip rumah ni kan, Anda boleh ke Medan Pasar Kuala Lumpur sepanjang The World Urban Forum yang berlangsung dari 7 hingga 13 Februari 2018.

Rumah Mikro; Mungkinkah Solusi Rumah Mampu Milik 08

Kredit: rage.com

Telegram Hartabumi Info Hartanah Malaysia 1024x231Jom dapatkan ilmu hartanah di Telegram Hartabumi! 

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah