Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Skim Rumah Pertamaku | HARTABUMI
Hasil carian anda

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Skim Rumah Pertamaku

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Skim Rumah Pertamaku Hartabumi 06

Dipos oleh myhartabumi pada Mac 15, 2018
| 0

Banyak inisiatif yang kerajaan telah lakukan bagi memastikan rakyat mampu untuk memiliki rumah. Antaranya ialah,

  • MyDeposit
  • Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
  • Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)
  • Perumahan Penjabat Awam 1Malaysia (PPA1M).
  • Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Salah satu inisiatif yang kami akan kupas hari ini ialah Skim Rumah Pertamaku.

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Skim Rumah Pertamaku Hartabumi 01

Kredit:Ehartanah

Apa itu Skim Rumah Pertamaku?

Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan semasa bajet 2011 oleh pihak kerajaan dalam usaha membantu rakyat terutamanya golongan muda membeli rumah pertama mereka.

Anda boleh mendapat pembiayaan sehingga 100% untuk membeli rumah pertama anda daripada bank-bank yang mengambil bahagian dalam skim ini.

Jadi tak perlu lah anda pening kepala nak simpan 10% wang pendahuluan untuk rumah yang anda dah terbekenan tu. 100% pembiayaan dari bank. Ringgan sedikit beban di bahu kan?

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Skim Rumah Pertamaku Hartabumi 02Kredit:JMR

Jom letak diri anda di dalam situasi ini.

Anda baru mula kerjaya di sebuah syarikat swasta dengan gaji RM2,800 sebulan dan setelah ‘survey’ rumah di merata tempat, anda terbekenan dengan rumah di Damansara yang berharga RM200,000.

Anda pun berazam untuk memiliki rumah tersebut dan mula menyimpan sebanyak 20% daripada gaji untuk membayar 10% wang deposit iaitu RM20,000.

Setelah gigih menyimpan selama 3 tahun baru anda akan berjaya mengumpul wang deposit namun disebabkan rumah yang anda idamkan itu terletak di kawasan strategik, harga rumah telah naik. Maka sia-sialah usaha anda menyimpan itu.

Jadi dengan skim ini, anda boleh terus memohon dan sekiranya layak, anda boleh membeli rumah yang diidamkan itu.

Tetapi bukan semua yang layak tau. Hartabumi difahamkan bahawa mengikut statistik, bank akan membuat penapisan dan penilaian yang ketat untuk setiap permohonan. Jadi hanya 1 daripada 10 pemohon yang berjaya dalam permohonan mereka.

Kriteria kelayakan pemohon Skim Rumah Pertamaku

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Skim Rumah Pertamaku Hartabumi 03Struktur Skim Rumah Pertamaku

1.Anda hanya boleh membeli rumah yang terletak di MALAYSIA sahaja. Kalau nak beli kondo dekat Indonesia tak boleh ye.

2.Nilai rumah yang anda ingin beli itu haruslah minimum RM100,000 dan maksimum RM500,000.

3.Rumah yang anda ingin beli itu nanti harus didiami oleh anda, kalau nak sewakan kepada pelajar-pelajar universiti berhampiran tidak boleh ye.

4.Hanya harta kediaman sahaja.

Keperluan Pembiayaan

1.Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan.

2.Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)

3.Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap

4.Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Soalan-soalan berbangkit berkaitan Skim Rumah Pertamaku

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Skim Rumah Pertamaku Hartabumi 05Kredit:Syahrilhafiz

S: Kalau nak beli Rumah Subsidi Kerajaan (RSK), Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip), PR1MA boleh ke memohon skim ini?

J: Boleh, selagi anda mematuhi kriteria kelayakan skim ini.(rujuk gambar di atas)

S: Kalau nak beli rumah lelong melalui Skim Rumah Pertamaku boleh?

J: Boleh, selagi anda mematuhi kriteria kelayakan skim ini.(rujuk gambar di atas)

S: Kalau nak beli rumah ‘undercon’ boleh?

J: Boleh.

S: Bagaimana kalau saya dan pasangan masing-masing bergaji RM1,500 sebulan dan ingin memohon skim ini untuk rumah berharga RM220,000.  Adakah kami layak memohon di bawah Skim ini?

J: Bawah Skim ini, amaun bayaran balik/ansuran bulanan  hendaklah tidak lebih dari 1/3 gabungan pendapatan kasar bulanan peminjam/pelanggan dan dalam kes ini, ianya adalah RM1,000 sebulan.  Walau bagaimanapun, pembiayaan adalah bergantung kepada kemampuan.

Contoh pengiraan:

  • Pendapatan gabungan kasar: RM1,500+ RM1,500 = RM3,000
  • 1/3 daripada RM3,000 = RM1,000

Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan selama 30 tahun, jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM200,000.  Untuk mendapat pembiayaan RM220,000, gabungan pendapatan bulanan anda hendaklah lebih kurang RM3,300.

S: Bank apa yang terlibat dengan skim ini?

J: Anda boleh rujuk gambar dibawah,

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Skim Rumah Pertamaku Hartabumi 04

S: Adakah skim ini mempunyai pilihan pembiayaan konvensional dan Islam?

J: Ya, anda boleh memilih pembiayaan konvensional atau Islam.

S: Dokumen apa yang diperlukan untuk memohon skim ini?

J:  Salinan Kad Pengenalan, Salinan Penyata Gaji untuk 3 bulan lepas, Salinan Buku Bank/Penyata menunjukkan gaji untuk 3 bulan terakhir dan Salinan Perjanjian Jualbeli/resit pembelian

S: Bagaimanakah cara untuk saya memohon pembiayaan dibawah skim ini?

J: Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.

S: Adakah saya perlu membayar kadar faedah/keuntungan yang lebih tinggi atau sebarang bayaran untuk menikmati pembiayaan sehingga 100% dibawah skim ini?

J: Tidak, kadar faedah/keuntungan biasa bank-bank yang berkenaan digunapakai.

S: Pembiayaan sedia ada saya diambil semasa saya membeli rumah pertama. Adakah saya layak untuk  mendapat pembiayaan semula bagi pembiayaan tersebut dibawah skim ini?

J: Tidak, skim ini tidak merangkumi pembiayaan semula bagi pembiayaan sedia ada.

Jadi buat anda yang layak untuk memohon skim ini, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Klik sini untuk ‘survey’ rumah pertama anda di Hartabumi sekarang!

Footer Hartapedia 07Muat turun Hartapedia sekarang!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah