Hasil carian anda

Sewa PPR : Larangan Hanya Kepada Warga Asing?

Dipos oleh myhartabumi pada Jun 7, 2018
| 0

Baru-baru ini, menteri baru Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin telah mengarahkan pemilik-pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang menyewakan unit mereka kepada warga asing untuk dikosongkan unit tersebut dalam tempoh 90 hari.

Bagi yang tidak pasti dengan fungsi PPR, menurut laman rasmi KPKT, PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Dan rumah PPR terbahagi kepada dua, PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Untuk PPR Disewa, harga sewaan bermula serendah RM124 sebulan manakala untuk PPR Dimiliki, harga jualan adalah antara RM30,000 k RM35,000 untuk semenanjung manakala Sabah dan Sarawak, RM40,500.

Zuraida Kamarudin

Sumber : Malay Mail

Meskipun begitu, ini tidak bermakna mereka yang telah membeli unit PPR Dimiliki, boleh disewakan kepada penyewa lain. Di dalam perjanjian jualbeli rumah PPR, terdapat klausa yang mengatakan unit PPR tidak boleh disewakan kepada orang lain meskipun hanya sebahagian daripada keseluruhan unit.

Jika didapati melanggar klausa ini, pembeli PPR boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda oleh pihak mahkamah mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 sekiranya didapati bersalah

Ini adalah kerana kewujudan rumah kos rendah bersubsidi kerajaan sebegini bertujuan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah, dan bukan untuk sesetengah pihak mengaut keuntungan.

Kami turut berharap pihak KPKT dapat melihat bukan sahaja ke arah isu penyewaan kepada warga asing, malah kepada warga tempatan sendiri. Kerajaan baru hari ini harus menggunakan kaedah pemantauan yang lebih efisien dan berkesan, misalnya dengan pengenalan portal laporan untuk melaporkan  unit-unit PPR yang disewakan dan bukan diduduki.

Apa pendapat anda? Apakah larangan sewaan ini hanya perlu dihadkan kepada warga asing? Atau sewaan kepada warga tempatan wajar diberi larangan yang sama?

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Sertai Kami Sekarang

Untuk Mengetahui Maklumat Berkenaan Hartanah Di Malaysia.
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link

Bandingkan Hartanah