Melonggarkan Syarat Pinjaman Bukan Jalan Penyelesaian | HARTABUMI
Hasil carian anda

Melonggarkan Syarat Pinjaman Bukan Jalan Penyelesaian

Syarat Pinjaman Rumah Dari Bank Hartabumi 00

Dipos oleh Aezhad pada April 23, 2019
| 0

Syarat pinjaman rumah dari institusi perbankan yang terlampau ketat adalah penyebab utama rakyat di Malaysia masih  tidak mampu memiliki rumah.

Menurut REHDA, walaupun kerajaan telah memberikan pelbagai insiatif seperti pengecualian duit setem sepanjang kempen Home Ownership Campaign (HOC).

Kredit: The Sun Daily

Namun begitu, bakal pembeli rumah masih sukar untuk membeli rumah kerana permohonan pinjaman mereka tidak diluluskan oleh pihak bank.

“Seorang lelaki berumur 25 tahun yang baru sahaja bekerja mungkin tidak layak mendapat pinjaman tetapi bank perlu mengambil kira faktor lain seperti sokongan kewangan ibu bapa.” – Soam Heng Choon, Presiden REHDA.

Benarkah rakyat tidak mampu beli rumah kerana syarat yang dikenakan terlalu ketat? Berdasarkan data daripada Bank Negara Malaysia (BNM), kadar kelulusan pinjaman rumah berada pada kadar 71.3%.

Kredit: Utusan

Kebenarannya, hanya pihak BNM sahaja yang tahu. Tetapi jika ini dakwaan ini benar, ini bermakna bagi setiap 10 orang yang memohon, 7 orang diluluskan pinjamannya. Adakah ini dikira sebagai ketat?

Baca : 5 Cadangan Polisi Penyelesaian Bank Negara Malaysia

Kredit: Gifer

Tahukah anda salah satu punca kepada krisis ekonomi dunia pada tahun 2008 adalah kerana bank melonggarkan syarat pinjaman rumah sehinggakan anda boleh membeli rumah walaupun DSR anda telah melebihi 100%!

Kredit: Guliofa Sianda

REHDA perlu sedar dan melihat kepada permasalahan yang sebenar. Masalah pemilikan harga rumah ini bukanlah kerana syarat bank yang terlampau ketat.

Dari sudut bekalan, harga rumah perlulah diturunkan dan dari sudut permintaan pula gaji pekerja di Malaysia perlulah ditingkatkan terlebih dahulu.

Kredit: Timun Cina

Pada tahun 2017 gaji penengah rakyat Malaysia adalah RM2,160 sedangkan harga purata rumah pula adalah RM404,345.

Dengan andaian kadar pinjaman 4.5% bagi tempoh 35 tahun, bayaran bulanan bagi rumah berharga RM404,345 adalah RM1,914 sebulan.

Bayangkan jika pinjaman diluluskan dengan begitu mudah, mampukah seorang yang bergaji RM2,160 membayar pinjaman rumah tersebut?

Kredit: Giphy

Baca : Masalah Utama Belia Tidak Beli Rumah dan Solusinya

Pemaju seharusnya menawarkan lebih banyak rumah mampu milik berbanding membina rumah- rumah mewah sahaja demi mengejar keuntungan. Menurut BNM, harga rumah yang berpatutan adalah 3 kali gaji median tahunan.

Kredit: Anuar

Pada tahun 2016, rumah di Malaysia masih ‘sangat tidak mampu untuk dimiliki’ jika diukur mengikut standard antarabangsa pada median 5.0. Harga rumah mampu milik maksimum di Malaysia dianggarkan pada RM282,003.

Baca : Harga rumah di Malaysia sangat tidak mampu milik – BNM

Walau bagaimanapun, harga rumah median sebenar ialah RM313,000 dan ini melangkaui kemampuan kebanyakan isi rumah Malaysia kerana pendapatan isi rumah median negara hanyalah RM5,228.

Kredit: Deenamik

Jika benar REHDA ingin membantu rakyat memiliki rumah, REHDA perlu menyelesaikan 3 faktor utama yang menyumbang kepada permasalah rumah.

Baca : Apakah Penyelesaian Krisis Hartanah Di Malaysia?

Penyelesaiannya ialah kadar kenaikan harga rumah melebihi kadar peningkatan pendapatan isi rumah. Hal ini kerana, pelancaran perumahan baharu semakin menjurus kepada kategori harga tidak mampu milik serta bekalan dan permintaan rumah yang tidak sepadan.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah