Tiada Lagi Rumah Mahal, KPKT Berjaya Siapkan 32,000 Unit Rumah Mampu Milik! | HARTABUMI
Hasil carian anda

Tiada Lagi Rumah Mahal, KPKT Berjaya Siapkan 32,000 Unit Rumah Mampu Milik!

Kpkt Rumah Mampu Milik Zuraida Hartanah Malaysia 2019 Hartabumi 00

Dipos oleh Aezhad pada Mei 24, 2019
| 0

Rumah Mampu Milik Fokus Utama KPKT

Melihat kepada landskap hartanah di Malaysia pada hari ini, bilangan unit rumah tidak terjual dilaporkan semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah (NAPIC), jumlah keseluruhan unit kediaman yang sudah siap tetapi tidak terjual kini mencecah nilai tertinggi RM19.54 bilion.

Imej : Twitter

Jika ditanya, siapa sahaja yang tidak mahu memiliki rumah? Namun kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini dilaporkan masih berada pada tahap yang rendah.

Baca : Apa KPKT Buat Untuk Bantu Pemilikan Rumah?

Isu pemilikan rumah sememangnya satu masalah yang besar di Malaysia. Masalah ini begitu kompleks dan tidak boleh dilihat dari satu sudut semata-mata.

Namun begitu, kerajaan tidaklah menutup sebelah mata sahaja berkenaan masalah pemilikan rumah ini sebaliknya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dilihat sangat tekad untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah.

Imej : PR1MA

Baca : KPKT Perkenal Inisiatif Baru Untuk B40

Melihat kepada pencapaian KPKT hari ini, sebanyak 32,951 unit kediaman rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin berkata daripada jumlah itu, bilangan tertinggi adalah di Kuala Lumpur dengan jumlah sebanyak 7,390 unit diikuti Perak 5,688 unit; Putrajaya (4,999); Kedah (4,815); Selangor (3,777); Johor (1,964) dan Pahang (1,884).

Baca : KPKT Tawar Diskaun Untuk Rumah Mampu Milik Mac Ini

“Usaha pembinaan rumah mampu milik ini  semakin rancak dengan kerajaan Pakatan Harapan mensasarkan untuk membina sejuta rumah mampu milik dalam tempoh setahun”.

Ini bermakna setiap tahun sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik akan disiapkan. Bukan itu sahaja, KPKT juga dikatakan telah berjaya melepasi sasaran ini dengan menyediakan 360,000 unit kediaman yang telah dimulakan pembinaannya tahun ini.

Imej : PR1MA Residensi Lumut

Dalam masa yang sama, kerajaan baru–baru ini juga telah mengumumkan penerusan projek Bandar Malaysia di mana sebanyak 10,000 unit rumah mampu milik bakal dibina di kawasan ini.

Zuraida menyifatkan pembinaan rumah mampu milik ini adalah keputusan yang baik kerana nilai hartanah Bandar Malaysia yang tinggi.

Baca : Harga Rumah Akan Murah Jika Pemaju Guna Sistem IBS

Langkah yang mahu diambil kerajaan ini juga menunjukkan komitmen dalam membantu golongan yang berpendapatan di bawah RM5000 untuk terus tinggal di bandar.

Imej : PropSocial

Jika anda mengikuti perkembangan pembangunan Dasar Perumahan di Malaysia sejak awal kemerdekaan negara, ia sebenarnya adalah cukup menarik.

Sekitar fasa awal dari tahun 1957 hingga 1970, unit rumah yang dibina adalah terlalu rendah berbanding keperluan semasa ketika itu. Pada waktu ini kerajaan telah membina flat pekeliling untuk mengatasi masalah kemiskinan.

Ini kemudiannya diikuti fasa kedua di mana ketika waktu Dasar Ekonomi Baharu (DEB) mula diperkenalkan. Ketika ini, DEB dirangka untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat serta menghapuskan kemiskinan.

Pada waktu itu, sebanyak 121,855 unit Perumahan Awam Kos Rendah telah dibina di seluruh negara. Bukan itu sahaja, entiti seperti PKNS dan PKNP juga mula diwujudkan ketika fasa ini.

Sekitar tahun 1986 hingga 1997, kerajaan pada waktu tersebut lebih mensasarkan pembinaan rumah berfokuskan kepada pasaran.

Ini kerana kerajaan mengikut saranan Bank Dunia untuk mempromosikan dasar pasaran terbuka. Pada tempoh ini, sebanyak 1.2 juta rumah kos rendah telah dibina pemaju swasta.

Manakala pada tempoh 1998 hingga 2011, kerajaan pula lebih fokus kepada penstrukturan perumahan setinggan dengan 102,630 unit rumah PPR telah disiapkan KPKT dan kerajaan negeri.

Bermula tahun 2012 sehingga kini, lanskap perumahan Malaysia disifatkan sebagai Zaman Dasar Perumahan Mampu Milik dengan pengenalan projek-projek seperti PR1MA, RUMAWIP dan Rumah Mesra Rakyat.

Langkah ini diambil bagi menyelesaikan masalah pemilikan rumah terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah.

Naratif kerajaan hari ini dilihat mahu membantu rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah supaya kualiti kehidupan setiap rakyat Malaysia akan berjaya dipertingkatkan lagi.

Jom dapatkan Kitab RayaKu! Secara PERCUMA Sekarang !!!

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah