Hasil carian anda

Tips Deko Rumah Ruang Kecil Untuk Hari Raya

Dipos oleh Aezhad pada Jun 12, 2018
| 0

Akhir-akhir ini ramai yang bertanya untuk deko rumah khususnya ruang tamu bagi kelihatan lebih luas. Rata-rata mereka yang tinggal di rumah kondominium, apartment dan juga flat. Kami tahu ‘range’ keluasan rumah begini kebiasaan mungkin serendah 800 sqf sehinggalah 1700 sqf.

Kalau dah tolak keluasan dapur, bilik, tandas, ruang makan dan lain-lain, berapa sangatlah untuk ruang tamu yang tinggal.

Tips Deko Rumah Ruang Kecil Untuk Hari Raya 06

Oleh itu terdapat banyak cara untuk membuat ruang tamu anda kelihatan lebih luas. Dengan teknik yang betul, ruang yang sempit dan kecil pun mampu nampak selesa dan menarik.

Lagi-lagi beberapa minggu akan datang kita akan menyambut Hari Lebaran.

Berikut adalah beberapa cara yang sentiasa menjadi kegemaran kami:

1) Cermin Sebagai Hiasan Dinding

Tips Deko Rumah Ruang Kecil Untuk Hari Raya 02

Dengan meletakkan cermin di tempat-tempat yang strategik, kawasan kecil pun nampak besar. Anda boleh letak di bertentangan dengan tingkap rumah anda.

Dari rumah anda ada 2 tingkap, anda boleh dapat 4 tingkap. Lebih banyak cahaya ‘natural’ yang diterima di ruang tamu anda. 

2) Perkenalkan Ruang Tamu yang Menegak.

Tips Deko Rumah Ruang Kecil Untuk Hari Raya 03

Manusia memang tidak lari dari ilusi optik, kalau anda seorang yang tinggi, corak yang mendatar adalah paling sesuai dengan anda, begitu jugak sebaliknya.

Dengan memperkenalkan unsur menegak di rumah anda, sudah tentu ia akan kelihatan lebih tinggi dan besar.

Bagaimana? Paling mudah ialah menaikkan ketinggian langsir anda ke siling. Kalau ada duit lebih, bolehlah guna ‘wallpaper’ bercorak menegak di ruang tamu anda.

3) Menggunakan Warna ‘Neutral’

Tips Deko Rumah Ruang Kecil Untuk Hari Raya 04

Kalau anda lihat di ‘Pinterest’ antara cara yang baling popular ialah penggunaan warna ‘neutral’ pada dinding dan perabot.  Warna lembut juga cenderung untuk menerangi bilik dengan mencerminkan cahaya. Selain nampak lebih luas, warna ‘neutral’ jugak memberi rasa moden dan menenangkan. 

4) Pemilihan Perabot dengan Penampilan Ringan

Tips Deko Rumah Ruang Kecil Untuk Hari Raya 05

Anda nak membeli perabot baru? ini tips terbaik untuk anda. Reka bentuk yang perabot yang mempunyai penampilan yang besar dan berat, akan kelihatan menyempitkan dan memenuhkan ruang.

Jadi kalau anda ingin kelihatan luas, pilihlah sebaliknya. Meja kaca yang berkaki halus juga akan kelihatan ringan kerana cahaya dapat menembusi meja tersebut.

Apa-apa perabot yang tidak menghalang pandangan akan menjadikan kawasan yang kelihatan lebih terbuka.

Haa.. bukanlah susahkan nak jadikan ruang tamu anda nmpak luas. Rajin-rajinlah membelek majalah ‘interior’ nanti pasti mencurah-curah idea anda dapat.

Kredit: Decoguru

Footer Peratus Dsr Kalkulator Hartabumi 00

Dapatkan DSR Report Anda Secara Percuma !

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah