Landed vs High Rise : Apa Bezanya? | HARTABUMI
Hasil carian anda

Landed vs High Rise : Apa Bezanya?

Harga Rumah Di Selangor 2018 Hartabumi 00

Dipos oleh Aezhad pada April 5, 2019
| 0

Secara amnya, hartanah jenis kediaman boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu rumah atas tanah atau rumah jenis strata seperti apartment dan kondominium. Dan setiap jenis rumah ini ada kelebihan dan kekurangannya serta menawarkan harga yang berbeza.

Mari kita lihat 5 jenis rumah dibawah dan berapakah harganya.

1. Rumah Teres

Kredit : Norlia Haris Blogspot

Rumah teres termasuk dalam kategori rumah atas tanah dimana tiada ruang laman di tepi kiri atau kanan (kecuali unit tepi) disediakan.

Nama lain bagi rumah teres adalah linked house. Di luar Lembah Klang, masih ramai yang menggemari rumah teres kerana mempunyai laman dan harga mampu milik.

Di Negeri Sembilan contohnya, harga purata bagi rumah teres adalah RM200,000 sahaja. Namun di Kuala Lumpur, harga puratanya adalah RM750,000! Pasti orang yang berduit sahaja mampu untuk membeli rumah ini.

2. Rumah Berkembar (Semi-D)

Kredit : iProperty

Konsepnya lebih kurang dengan rumah teres tetapi ada lama disediakan di kiri atau kanan rumah. Ada juga yang membeli 2 unit rumah berkembar dan diubah suai menjadi Banglo. Purata harga rumah berkembar di Malaysia adalah RM450,000.

3. Flat

Kredit : PropSocial

Flat kebiasaannya dibina dalam satu kawasan merangkumi beberapa blok dan tingginya boleh mencecah sehingga 15 tingkat. Ini merupakan rumah yang paling murah dalam kategori strata di mana harga purata di Malaysia adalah RM120,000.

Kemudahan seperti pengawal keselamatan dan taman permainan kebiasaannya tidak disediakan. Namun ia boleh diwujudkan atas usaha komuniti sesebuah flat.

“Bab parking pula, konsepnya adalah ‘siapa cepat dia dapat’ kerana tiada parking khas disediakan bagi setiap unit rumah.”

4. Apartment

Saiz apartment lazimnya lebih besar daripada saiz flat. Harganya pula mahal sedikit berbanding flat tetapi lebih mudah berbanding kondominium.

Dari segi kemudahan pula anda bakal menikmati :-

Kredit : Carousell

  • parking khas
  • dewan serbaguna
  • surau
  • taman permainan
  • gymnasium
  • kolam renang

Melihat kepada harga purata di Kuala Lumpur, ia masih lagi dalam kategori mampu milik pada RM300,000.

5. Kondominium

Kredit : PropSocial

Rumah yang paling mewah bagi kategori strata adalah kondominium. Unitnya luas, rekabentuknya cantik dan pelbagai lagi kemudahan disediakan.

Lazimnya setiap kondominium itu ada clubhouse dan di sini terdapat kolam renang, gym, surau, kedai-kedai makan, pejabat pengurusan, laundry dan pelbagai fasiliti lain yang tersedia untuk pemilik dan penyewa.

Kredit : Victoria Home

Harga purata harga kondominum di KL adalah RM600,000, satu kali ganda lebih tinggi berbanding harga purata apartment.

Data dan statistik artikel ini adalah ehsan dari Red AngPow.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah