Servis Residen RM2 juta Dipecahkan Pemiliknya Kerana Isu Kualiti | HARTABUMI
Hasil carian anda

Servis Residen RM2 juta Dipecahkan Pemiliknya Kerana Isu Kualiti

Tropicana Residence Klcc Hartabumi 00

Dipos oleh Aezhad pada April 15, 2019
| 0

Baru – baru ini viral mengenai seorang lelaki Cina yang telah memecahkan meja makan dan menyembur cat merah hampir di seluruh unitnya sebagai satu cara ‘mengajar’ pemaju terkemuka di Malaysia yang menjual unit servis residen mewah di ibu kota. 

Lelaki tersebut telah menyembur lantai, langsir, perabot dan pintu gelangsar dengan cat merah kerana tidak berpuas hati dengan janji dan hasil kerja yang diberikan pemaju tersebut. 

Kredit: Rojak POT

Servis residen ini terletak 50 meter dari KLCC dan berharga RM1.6 juta sehingga RM3.7 juta dan dibangunkan sepenuhnya oleh pemaju terkemuka tersebut yang dikatakan menjanjikan unit dengan perabot fully furnished dengan hiasan dalaman yang indah.

“Macam mana dia tak marah bila dah bayar RM2 juta tetapi dapat perabot IKEA!” -netizen 

Kredit: Prop Social

Rata – rata netizen menyokong tindakan lelaki tersebut yang bersumpah untuk menjatuhkan reputasi pemaju tersebut dan juga akan tinggal di unit yang telah rosak ini supaya dijadikan unit pameran bagi bakal pembeli servis residen mewah itu. 

KENAPA AMUKAN INI TERJADI?

Pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin, dan lelaki ini difahamkan mengamuk gara – gara berasa ditipu dengan hasil kerja dan tidak mendapat apa yang ditawarkan pemaju tersebut. 

Antara perkara yang ditekankan oleh lelaki ini adalah :-

  1. Kualiti set sofa dan meja makan.
  2. Langsir yang tidak mempunyai batang tirai.
  3. Pintu “pintar dan berfungsi” yang perlu dibuka dengan menarik lubang kecil.
  4. Jubin marmar yang retak.
  5. Kualiti perabot dan hiasan dalaman unit. 

SALAH PEMAJU ATAU PEMBELI?

Jelas sekali kita tidak boleh membuat penilaian pihak mana yang bersalah dalam isu ini selagi pihak pemaju tersebut belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan isu viral ini. 

Sungguhpun begitu, pemaju tersebut ini telah menjanjikan dekorasi hiasan dalaman dan perabot berkelengkapan penuh mengikut spesifikasi yang telah dipersetujui bersama. 

Kredit: Propertyguru

Kredit: Propertyguru

Bahkan setiap pembeli harus bersetuju dengan konsep reka bentuk dan pilihan perabot sebelum menandatangani surat perjanjian VP (Vacant Possesion).

Buat bakal pembeli rumah di luar sana, kita harus menerima kenyataan bahawa bilik pameran bukanlah mewakili unit akhir yang sebenar dan kebanyakan bilik pameran telah dihias dengan begitu baik sebagai satu cara pemasaran. 

ISU PERTAMA ATAU BERULANG?

Ini bukanlah kes pertama terjadi di Malaysia berkenaan pembeli rumah yang mengamuk dengan kualiti rumah yang mereka dapat. Buat pengetahuan anda, Empire City Damansara pernah dikecam kerana skandal berkaitan wakil arkitek dan pemajunya Mammoth Empire.

Kredit: Rojak POT

Kredit: Rojak POT

Begitu juga dengan Saville @ The Park di Bangsar South yang menimpa pembeli rumah tersebut di mana lif tidak berfungsi, paip tersumbat, siling rumah berkulat, lantai simen yang tidak diturap dengan rata dan pelbagai lagi isu lain. 

Konkusinya, sebagai pembeli anda mempunyai hak untuk melaporkan salah laku pemaju yang membina rumah anda. Cadangan terbaik dari tim Hartabumi ialah supaya anda mengupah pakar dalam mengenal pasti kecacatan pada unit rumah anda. 

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah