Turun Naik Harga Rumah Di Kuala Lumpur (2014 – 2018) | HARTABUMI
Hasil carian anda

Turun Naik Harga Rumah Di Kuala Lumpur (2014 – 2018)

Harga Rumah Kuala Lumpur 2018 Hartabumi 00

Dipos oleh Aezhad pada Mac 29, 2019
| 0

Kuala Lumpur merupakan ibu kota Malaysia dan menjadi tumpuan rakyat Malaysia daripada pelbagai negeri oleh kerana peluang perkerjaan yang lebih tinggi berbanding negeri lain. Dijangkakan lebih kurang 1.8 juta rakyat Malaysia menetap di Kuala Lumpur.

Namun walaupun dengan peluang pekerjaan yang lebih baik disini, penduduknya terus ditekan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Kredit : SAYS

“Kadar bayaran gaji pekerja yang rendah adalah isu nasional yang menjadikan rakyat Malaysia tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat.”

Kredit : Business Insider Malaysia

Jika kos pengangkutan mahal, mereka boleh memilih untuk menaiki motosikal atau pengangkutan awam, jika kos makanan diluar mahal, mereka boleh memasak di rumah, tetapi jika kos perumahan mahal, apa lagi pilihan yang mereka ada?

Kredit :Giphy

Boleh dikatakan harga rumah di Kuala Lumpur kian meningkat tahun demi tahun, berdasarkan jadual di bawah, anda boleh lihat hampir kesemua jenis hartanah meningkat harganya.

Berdasarkan data dan statistik dari tahun 2014 sehingga tahun 2018, dapat disimpulkan bahawa hanya dua (2) jenis rumah sahaja yang mengalami penurunan yaqni rumah teres dan Semi D.

Median Harga Rumah di Kuala Lumpur 2014 – 2018

Tim Hartabumi turut kongsikan data dan fakta mengenai naik turun harga rumah di Kuala Lumpur bagi tahun 2014 sehingga 2018 dalam bentuk video. Anda boleh semak di bawah. 


 

Hatta rumah jenis flat juga meningkat naik harganya. Hal ini kerana, harga rumah sangat berkait rapat dengan konsep permintaan dan bekalan. Selagi mana permintaannya tinggi, selagi itu harga rumah akan terus meningkat.

Dalam 6 jenis hartanah di atas, hanya 2 jenis hartanah sahaja boleh dikategorikan sebagai rumah mampu milik di mana harganya bawah RM300,000.

Kredit : Booking

Namun jika diperhatikan kenaikan hartanah ini, ianya tidaklah setinggi pada  tahun 2009-2015 di mana harga rumah di Malaysia ketika ini naik dengan mendadak pada kadar 8-12%.

Trend ini dilihat mula mengalami menurun pada tahun 2016, dan majoriti harga rumah yang naik pada kadar perlahan (sekitar 1% – 2%), ada yang menurun dan ada juga yang mendatar.

Jadi adakah ini masa terbaik untuk membeli rumah? Tidak semestinya, kerana pembelian rumah ini lebih kepada faktor kemampuan kewangan individu. 

Kredit : Majalah Labur

Jika profil kewangan anda tidak kukuh, harga hartanah jatuh 20% pun belum tentu anda mampu untuk beli rumah.

Secara kesimpulannya, harga hartanah dijangkan akan meningkat pada kadar perlahan bagi kategori yang mendapat permintaan tinggi dan bagi hartanah premium (mahal), ia dijangka akan menurun kerana kurangnya permintaan.

Komen Anda?

Bandingkan Hartanah