Hasil carian anda

Untung Ke Pelaburan Hartanah Anda?

Dipos oleh Aezhad pada Januari 16, 2019
| 0

Dalam pelaburan hartanah, ada dua jenis keuntungan yang kita boleh dapat iaitu keuntungan atas kenaikan harga dan keuntungan melalui aliran tunai (sewa). Jadi sebelum kita mula melabur hartanah, kita perlulah menenal pasti terlebih dahulu jenis keuntungan yang manakah menjadi fokus kita, sama ada aliran tunai atau kenaikan harga?

Kali ini, kita akan membincangkan mengenai keuntungan melalui aliran tunai. Bagaimanakah caranya kita nak memastikan pelaburan hartanah tersebut menguntungkan?

Kredit : Giphy

Buat anda yang masih belum faham apa sebenarnya rental yield dan fungsinya, ada baik anda fahaminya dahulu menerusi artikel ini Cara Kira ‘Rental Yield’ Untuk Pelabur Amatur kerana dikhawatiri anda tersilap faham sekaligus salah formula dalam mengetahui potensi hartanah yang bakal anda sewakan atau telah sewakan. 

Caranya adalah dengan menggunakan rental yield yang bermaksud pulangan sewaan. Terdapat 4 elemen penting bagi mengira rental yield iaitu:

  1. Sewa Bulanan
  2. Sewa Tahunan
  3. Harga Hartanah
  4. Pulangan hasil sewaan atau rental yield

Formula bagi mengira rental yield adalah:

(Sewa tahunan/ harga hartanah) x 100 = Rental Yield (dalam bentuk peratus)

Berapa peratus rental yield yang dikatakan menguntungkan?

Dalam apa-apa pelaburan sekali pun, kita akan meletakkan penanda aras bagi menentukan keuntungan berdasarkan pelaburan bebas risiko. Di Malaysia kita akan membandingkannya dengan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Kredit: Astro Awani

Purata pulangan ASB adalah sekitar 6% – 7%. Jika sesuatu pelaburan itu tidak berpotensi memberikan pulangan melebihi ASB, adalah lebih baik jika kita simpan sahaja duit dalam ASB berbanding melabur.

Baca : 5 Faktor Penting Untuk Pelaburan Hartanah

Sekarang ini anda sudah tahu macam mana nak kira rental yield dan berapa peratus rental yield yang menguntungkan, selepas ini boleh la anda membuat analisis terlebih dahulu sebelum membeli hartanah.

KAJIAN KES RENTAL YIELD

Di sini kami akan tampilkan satu contoh analisis bagaimana hendak mengenal pasti hartanah tersebut berbaloi atau tidak dijadikan sebagai pelaburan berdasarkan kiraan rental yield.

Nama Pangsapuri: Lagoon Perdana

Keluasan: 992 kaki persegi

Harga: RM220,000 ( sumber: Brickz.my)

Dengan andaian deposit 10% = RM22,000 maka jumlah pinjaman yang diperlukan adalah RM198,000. Jika kadar faedah pinjaman adalah 4.5% bagi tempoh 35 tahun, bayaran bulanan anda adalah RM937.05.

Melalui hasil tinjauan kami, kadar sewa di Lagoon Perdana adalah seperti berikut:

Berdasarkan jadual di atas, kita dapat lihat bahawa untuk mendapatkan rental yield setanding pulangan ASB, kita perlu menyewakan rumah tersebut dalam keadaan fully furnished. Jika sekadar sewa rumah kosong sahaja, pulangannya adalah lebih rendah berbanding ASB.

Baca : 6 Langkah Jadi Taiko Hartanah Seawal 20-an

Walaubagaimanapun, kiraan rental yield ini hanyalah kiraan kasar sahaja. Ianya tidak mengambil kira kos-kos lain seperti kos penyelengaraan, fi penyelenggaraan dan cukai-cukai berkaitan hartanah. Namun formula ini sesuai digunakan untuk menyaring pemilihan hartanah anda.

Lagi Artikel Hartanah


Langgan Info Terkini

Komen Anda?

Buletin 20

Sertai Kami Sekarang

Langgan newsletter Hartabumi dan dapatkan info hartanah percuma sekarang!
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link
Buletin 20

Sertai Kami Sekarang

Langgan newsletter Hartabumi dan dapatkan info hartanah percuma sekarang!
Maklumat Anda
LANGGAN SEKARANG
close-link

Bandingkan Hartanah